9 Sebab Mengapa Melayu Lemah Ekonomi & Perniagaan.

Oleh : Mohamad Jamalee
 

Nampak sebuah hantaran bertajuk 'MENGAPA MELAYU LEMAH EKONOMI'. Ada 12 poin tak silap saya yang digariskan dalam hantaran tu. Tak boleh nak ulas kerana banyak 'one-liner' contohnya:

"Melayu kuat berdengki. Orang berjaya sikit hantar santau."

Atau;

"Melayu tak sokong kawan. Kawan berniaga dimintanya murah atau percuma."

Gambar - Ihsan Google
Saya tak nak ulas poin-poin beliau, tapi saya teringin nak beri POV saya sendiri. Boleh bidas atau tambah mana yang rakan-rakan rasa sesuai:

1. TIADA KESEDARAN NILAI DAN KEGUNAAN DUIT

Benda ni selalu terjadi sebab kebanyakan keluarga Melayu generasi pertama dan kedua selepas merdeka adalah orang susah. Jadi anak-anak tidak biasa pegang duit banyak dan tidak tahu nilai serta kegunaan duit. Jadinya bila dapat biasiswa atau pinjaman belajar, ada yang terkena kejutan budaya dan mula berbelanja boros.

Generasi ketiga Melayu seperti saya pula ada masalah terlalu memuakan anak-anak. Apa saja diminta diberi pula tanpa perlu ada usaha. Sama saja efeknya dengan yang di atas. Akhirnya boros juga dan hanya tahu berbelanja.

Sebab itu kekayaan orang Melayu tidak dapat diwarisi dari generasi ke generasi. Masuk generasi kedua atau ketiga, anak-anak tak dapat kekalkan kemewahan yang dibina ayah atau datuknya.

2. TIDAK PANDAI BERORGANISASI DAN BEREKOSISTEM

Orang Melayu masih tidak terdedah kepada kekuatan ekonomi melalui organisasi, menjana kemewahan, aset, pelaburan dan menjaga kepentingan bersama-sama.

Ada yang berjaya pula, kebanyakannya duit yang dijana hanyalah "laluan". Ia tidak berkitar dan akhirnya membina sebuah ekosistem yang mapan dan 'self-sustaining'.

3. KURANG BERMENTOR MENTEE/ANGEL INVESTOR

Bukan tak ada. Kurang.

Benda ni Prof Ungku pernah kritik di mana orang Melayu yang berjaya melalui Dasar Ekonomi Baru dulu tidak membantu membina dan 'duplicate' generasi baru seperti mereka. Mereka juga kurang membantu dari aspek bantuan dana.

Anak Melayu selepas 60 tahun, masih perlu menagih dana di bank-bank dan agensi-agensi dana kerajaan.

4. CUKAI KESILAPAN/BAD DECISION TAX
Anak Melayu kekurangan dana. Buat 1 perniagaan, kalau tak jadi, habis terus modal. Kalau modal besar, katalah 1 perniagaan tak menjadi, mungkin boleh cuba perniagaan kedua dan ketiga.

Kekurangan modal ini juga menyukarkan anak Melayu untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan rangkaian.

5. TIDAK DIDIDIK MENIAGA TAPI DIDIDIK UNTUK BEKERJA

Kurang ilmu tentang 'career path'. Kurang ilmu tentang cabang kerjaya. Kurang ilmu keusahawanan.

6. INFERIORITY COMPLEX

Kurang sentimen ingin melihat anak bangsa sendiri berjaya. Jika ada pun hanya tersangkut pada setakat kata-kata. Tiada sokongan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Kurang keyakinan anak bangsa boleh berjaya. Merasakan jika dibantu bangsa sendiri sebagai rasis. Walhal itulah asas bagaimana semua bangsa berjaya awalnya.

7. TIDAK MENGAWAL RETAIL DAN SUPPLY CHAIN

Orang Melayu paling terkesan jika ada perubahan polisi malah kepimpinan. Tidak ramai yang berada dan bermain di level retail dan supply chain. Maka tiada bargaining chip di dalam penawaran harga bahan mentah dan perkhidmatan.

8. BERNIAGA YANG SAMA/LAMBAKKAN
Kalau makan dekat kedai tepi jalan tu, 10 kedai, 10 10 tulah jual tomyam. Kurang daya inovasi. Hanya gah dari aspek marketing.

Marketing gaya menonjolkan kebodohan pulak tu kadang-kadang.

9. KURANG TERDEDAH KEPADA PELABURAN, INSTRUMEN KEWANGAN, PENGURUSAN DAN KELEBIHAN SETIAP JENIS ORGANISASI SERTA PERCUKAIAN

Haa yang ni boleh sertai kelas Najib Saahari tentang pelaburan dan ikuti kelas Komuniti Patriot tentang Instrumen Kewangan, Percukaian dan lain-lain.
 

Boleh tambah poin atau bidas jika nak. Nak berkongsi ilmu dan pengalaman pun boleh.

Babai.

Related Posts