Panduan Mudah Proses Beli Rumah.

Oleh : Azizul Azli Ahmad

PANDUAN MUDAH PROSES BELI RUMAH



Beli rumah tidaklah sesukar mana, ikut panduan ini kawan :

1. LAWAT RUMAH yang kita suka, jika dapat lebih dari sekali. jangan gopoh kata, "Saya nak beli"! mintak tempoh bagi dalam tiga hari.

2. Jika setuju, PEMBELI dan PENJUAL akan tandatangan surat tawaran. jika guna khidmat agen kita perlu bayar 3.18% kepada agensi sebagai pemegang amanah.

Pastikan AGEN BERDAFTAR sahaja, elakkan berurusan dengan broker!

3. PINJAMAN dan GUAMAN, Pembeli akan dapatkan pembiayaan bank dengan bantuan agen untuk cepatkan.

4. PERJANJIAN JUAL BELI, SPA akan di tandatangani dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tandatangan surat tawaran. Baki 6.82% dibayar.

5 PINDAH MILIK, Peguam akan uruskan pelunasan pinjaman dan proses pindah milik atas nama kita dalam geran.

6. PROSES SELESAI, Biasanya bagi hartanah free hold sekitar 4 bulan selesai dan bagi lease hold sekitar 6 bulan selesai.

Lepas dapat kunci bolehlah dukung isteri masuk rumah sendiri, kini kita tak menyewa lagi. Isteri pasti guling guling bawah meja sebab sukakan kita 😘

#Belilah Sebuah Rumah bagi keluarga kita

#Sampaikan buat adik dan kawan tercinta kita, prosesnya mudah sahaja tak susah mana kawan. Himpun duit dan belilah buat keluarga tersayang.

Related Posts