Anda mendaftar di PanelPlace dan YourVoice sebagai tukang survey dan anda akan memperolehi reward.
Sejauh mana reward-reward yang dihasilkan melalui kedua-dua platform itu boleh menghasilkan wang. Ini adalah persoalan penting yang ramai orang nak tahu.
Memang benar ada banyak caranya untuk kita menjana pendapatan online. Tetapi jika kaedah-kaedah itu memerlukan masa yang agak panjang untuk menjana wang apakah ia berbaloi untuk disertai?
Misal kata, anda memerlukan setahun untuk mendapatkan ganjaran sebanyak RM50 sahaja, apakah ianya berbaloi?
Dengan masa dan usaha yang diberikan, apakah RM50 untuk setahun boleh dianggap 'SALAH SATU CARA MENJANA PENDAPATAN ONLINE'?
Sudah tentulah tidak kan.
IKLAN : ZAFUL - FASHION UNTUK WANITA SAHAJA
Sekurangnya-kurangnya jika anda berupaya mendapatkan RM50 dalam masa sebulan, maka ia bolehlah dianggap sebagai salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan online.
Kali ini penulis akan mengupas secara terperinci pendapatan ataupun ganjaran yang boleh diperolehi menerusi platform PanelPlace dan YourVoice dan apakah ianya berbaloi untuk disertai seperti yang dipersoalkan oleh ramai pihak.
Kita mulakan dengan mengenali apa itu PanelPlace dan YourVoice.
PanelPlace ialah platform survey dan menghimpunkan web-web survey yang lain dibawah satu rangkaian.
Manakala YourVoice adalah platform survey semata-mata.
Di Panelplace, kadang-kadang mereka akan mempelawa anda untuk menyertai website-website lain yang turut menjalankan survey.
Anda perlu berdaftar di website-website tersebut bagi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan. Selain itu PanelPlace juga menawarkan peluang buat duit dengan kempen berbayar.
Bagaimanapun kempen tersebut sesetengahnya berbentuk pertandingan. Jadi ini bermakna, anda perlu merebut peluang. Dan mengikuti peraturan yang ditetapkan.
Jadi adakah boleh membuat duit di PanelPlace? Jawapannya boleh tetapi terlalu sukar dan menyusahkan. Sesetengah kempen menawarkan wang namun ia bukanlah seperti 8Share ataupun CHURPCHURP seperti yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Kempennya terlalu sedikit dan terhad walaupun menawarkan ganjaran dalam bentuk USD.
Bagaimana pula dengan YourVoice?
Di YourVoice, anda akan ditawarkan pelbagai survey yang perlu dijawab berdasarkan biodata yang anda isikan semasa mendaftar. Sebenarnya perkara yang sama juga dilakukan oleh PanelPlace.
Oleh itu sila pastikan anda memasuki data yang tepat semasa mendaftar di kedua-dua portal tersebut jika berminat.
Dan berdasarkan data-data itu, anda perlu menjawab kaji selidik.
Kebanyakan kaji selidik mensasarkan mereka yang tinggal di bandar-bandar berbanding kawasan luar bandar.
Kaji selidik juga lebih mengutamakan kelompok seperti;
👉 Golongan pekerja dan mempunyai pendapatan tetap
👉 Mereka yang membuat keputusan pembelian seperti surirumah
👉 Berkeluarga/berkahwin
👉 Mempunyai anak-anak
👉 Mempunyai kenderaan sendiri
Jangan risau jika anda tidak termasuk dalam golongan di atas. Sesetengah kaji selidik juga mensasarkan golongan muda, bujang dan kumpulan tertentu.
Setiap kali selepas mengisi survey, anda mungkin mendapat mata ganjaran bernilai 15 points, 25 points, 50 points; keadaan ini bergantung kepada tempoh kaji selidik yang dijalankan.
Semakin panjang kaji selidik itu maka semakin banyaklah point yang ditawarkan.
Jadi, adakah anda boleh membuat wang di YourVoice? Boleh? Hmm. Proses ini memerlukan usaha yang berterusan dan makan masa. Ganjaran yang diperolehi akan digunakan untuk membeli-belah di webshop yang tersedia.
Jadi, ia mungkin bukan sesuatu yang disukai oleh sesetengah pihak. Kerana apa yang kebanyakan orang mahu ialah membuat duit - dan bukannya membuat point dan gunakan point tersebut untuk menebus barang.
Tetapi mungkin sesetengah orang suka cara itu bagi mengisi masa lapangnya dengan menjawab kaji selidik dan mendapatkan ganjaran.
Kedua-dua cara di atas juga tidak boleh dikatakan MENJANA PENDAPATAN ONLINE kerana memerlukan tempoh masa yang panjang.
Mereka yang mahu menjana pendapatan secara ONLINE perlu mencari kaedah lain yang lebih memudahkan proses wang masuk ke dalam poket. Kaedah tersebut perlulah berbentuk AKTIF dan bukannya PASIF seperti PanelPlace dan YourVoice.
Bagaimanapun jika anda nak mencuba juga bolehlah mendaftar;
Dapatkan ganjaran dengan kaji selidik di PanelPlace
Dapatkan mata ganjaran dengan kaji selidik di YourVoice
Penulis tidak akan menghalang.. 😆😆😆
Penulis akan kongsikan hasil penyiasatan mengenai website-website lain yang mendakwa 'boleh dapat wang' di masa-masa akan datang kelak.