Propellerads ini seperti Adsense, Chitika dan Media Network. Kalau versi Malaysia, seperti Nuffnang. Dan Innity versi Singapura.
Jika anda seorang blogger dan tercari-cari apakah medium untuk menambahkan pendapatan andai tidak mempunyai akaun Adsense atas sebab-sebab tertentu, seperti belum diluluskan, anda boleh menggunakan alternatif kepada Adsense iaitu Propellerads.
Untuk membolehkan anda berdaftar dengan Propellerads, anda perlulah mempunyai;
1. Blog. Tak kisahlah niche apa pun. Janji ada blog. Portal dan seumpama dengannya.
2. Kandungan Bahasa Inggeris adalah lebih baik, tetapi bahasa melayu pun boleh.
3. Mempunyai trafik yang tinggi, iaitu 10,000 pelawat sehari andai mahu menggunakan pengiklanan native dan banner. Jika kurang dari 10,000 pelawat sehari pun takpe, boleh juga. Tetapi iklan yang ditawarkan adalah berbentuk TEKS dan POPUP.
Iklan POPUP ini RAMAI PEMBACA TAK AKAN SUKA. Ya, tak akan suka. Kerana dia bukannya POPUPs yang macam Adsense dan Innity lakukan, iaitu mudah dialihkeluar, sebaliknya popup ini akan menyusahkan dan menganggu pembaca berikutan akan buka tab baru beberapa kali sebelum boleh membaca dengan tenang. Jadi, anda tak digalakkan menggunakan iklan POPUP jika nak kumpul pembaca setia tau.
Tapi jika nak kumpul duit, bolehlah gunakan laju-laju. Bayaran CPMnya agak tinggi.
Dan kebiasaan iklan POPUP ini akan merangkumi;
1. Judi atas talian.
2. Syarikat saham, pelaburan.
3. Portal dating, chatting.
4. Arak, minuman keras.
5. Portal download.
6. Iklan baju/product yang 'panas'.
Berdasarkan pengalaman penulis, agak sukar nak kumpulkan pendapatan menerusi Propellerads jika;
👉 Blog kurang pelawat/trafik
👉 Jarang kemaskini
👉 SEO tak mantap
👉 Tidak menggunakan iklan jenis NATIVE, BANNER, INTERSTITIAL
👉 Menulis dalam bahasa melayu
Tetapi jika trafik anda tinggi dan menulis dalam bahasa melayu, anda masih boleh meraih pendapatan menggunakan Propellerads.
Tetapi jika trafik anda rendah dan menulis dalam bahasa inggeris sekalipun, ia masih sukar.
Perkara ini berlaku kerana Propellerads hadkan jenis-jenis iklan berdasarkan trafik.
Blog yang mempunyai trafik tinggi berpeluang menjana pendapatan dengan mudah menerusi iklan BANNER NATIVE dan INTERSTITIAL.
Manakala blog yang mempunyai trafik rendah diberikan peluang menjana pendapatan tinggi jika menggunakan iklan jenis POPUP yang ramai pembaca TIDAK AKAN SUKA semestinya.
Satu lagi jenis pengiklanan yang ditawarkan ialah PUSH SERVICE NOTIFICATION.
Apakah itu PUSH SERVICE NOTIFICATION?
Hah, kalau anda biasa melayari portal-portal, akan ada satu notification box yang menawarkan langgan.
"Adakah anda mahu langgan website/portal/blog ini" - biasanya dia akan keluarkan kotak dan tanyakan anda soalan seperti di atas (lebih kuranglah).
Jika anda memilih untuk langgan, maka, anda akan dapat notifikasi setiap kali artikel baru diterbitkan.
Ini adalah sejenis iklan yang ditawarkan oleh PROPELLERADS.
Notifikasi artikel baru itu pula selalunya akan disertai dengan iklan. Subscriber/follower akan dapat notifikasi adanya artikel baru, dan iklan akan diterbitkan bersama-sama notifikasi itu.
Maka, dari sinilah anda boleh menjana pendapatan tambahan jika meletakkan iklan jenis PUSH SERVICE NOTIFICATION tadinya tu.
Ia kurang meluatlah berbanding iklan jenis POPUP. 😆😆
Bersama-sama iklan jenis POPUP and PUSH SERVICE NOTIFICATION - ADSBLOCK tidak akan berkesan.
Sebab tu dengan mudahnya menjana pendapatan. Berbanding iklan jenis banner. Kebanyakkannya boleh disekat menerusi aplikasi ADSBLOCK.
Seterusnya jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh mendaftar PROPELLERADS disini.
Ikuti arahan seperti yang dipaparkan menerusi website tersebut.
Anda perlu isikan nama, alamat, nama blog.
Sebagai seorang blogger, anda perlu memilih ruangan PUBLISHER. Ini dapat duit.
Jika anda mahu beriklan, maka pilih ADVERTISER. Ini kena keluar duit.
Fahamkan perbezaannya.
Anda juga perlu memiliki akaun PAYPAL bagi memudahkan PEMBAYARAN.
Mendaftar di PROPELLERADS tidak membolehkan anda terus memaparkan iklan di blog ya.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Iaitu menunggu kelulusan dan memohon untuk memaparkan iklan jenis native dan interstitial jika anda mempunyai trafik yang tinggi.
Ada juga sedikit penglibatan teknikal disini iaitu anda perlu masukkan code PROPELLERADS ke dalam SETTING BLOG anda sebelum boleh memaparkan iklan.
Kerjanya sangat mudah jika anda seseorang yang sudah lama berblog. Ia mungkin sedikit sukar bagi mereka yang baru berblog dan tidak memahami html.
Secara ringkasnya, anda memang boleh buat duit dengan PROPELLERADS jika mahu konsisten mencari pendapatan atas talian.
Tetapi perlu ada blog yang aktif dengan jumlah trafik yang tinggi.
Jika blog aktif dan trafik rendah, anda kena guna iklan POPUP. PROPELLERADS sedikit kejam dan diskriminasi terhadap blogger newbie. 😂😂😂
Tetapi jika anda mempunyai pembaca yang sedikit dan mengunakan iklan jenis POPUP, pembaca anda mungkin lari tau tak kiralah betapa bagusnya pun penulisan anda itu.
Sebaiknya, untuk permulaan, gunakan iklan jenis TEKS dan PUSH SERVICE NOTIFICATION dan selepas itu apabila trafik semakin tinggi, beralihlah ke iklan jenis NATIVE.
Trafik blog anda akan meningkat secara beransur-ansur jika anda mempunyai konten yang bagus. Jangan bimbang. Wang akan datang selepas itu. Untuk mengusahakan satu blog yang bagus, anda perlu masa paling kurang 6 bulan. Itu paling kurang tau. Jadi, jangan mudah berputus asa menjana pendapatan online jika masih baru dalam bidang ini ya. Usaha tangga kejayaan.