Peluang Jana Pendapatan Online Dengan Menjadi Tester Aplikasi..

Jika anda mahir berbahasa inggeris, tidak perlu terlalu fasih pun tidak apa yang penting anda memahami arahan dan boleh menulis karangan ringkas, anda boleh mendapatkan wang dengan menjadi tester.

Ada beberapa website yang anda boleh daftar dan mendapatkan wang.

i)  https://testers.testerwork.com/tester-account/sign-up

ii) https://login.test.io/logins/new

iii) https://testers.testerwork.com/tester-account/

Tugas utama tester sepertimana namanya ialah 'test' permainan ataupun aplikasi yang sedang dibangunkan.

Anda perlu memberitahu secara terperinci jika terdapat masalah.

Anda perlu menyediakan bukti.

Dan tidak mudah juga untuk membuat wang. Anda perlu melalui ujian untuk membuktikan yang anda layak menjadi tester seterusnya menjana pendapatan online dengan website-website tersebut.

IKLAN : ZAFUL - FASHION UNTUK WANITA SAHAJA

Kesemua website di atas menawarkan bayaran secara USD. Jadi agak masyuk pada rakyat Malaysia - andai ketika itu banyak job yang menanti.

Tetapi AWAS ya, hanya kerana ia kerja dari rumah bukan bermakna ia kerja yang mudah ataupun senang!

Jika anda tidak lulus dalam ujian saringan untuk menjadi tester anda sama sekali tak boleh buat wang tau. Kemahiran bahasa inggeris perlu berada di tahap yang baik, meskipun tidak fasih bercakap. Jika kemahiran bahasa inggeris anda adalah lemah disarankan jangan memohon.

Selain itu ada juga website-website yang menawarkan wang jika anda menulis review di blog-blog atau akaun sosial media anda. 
 
i) http://payperpost.com/


ii) http://www.payu2blog.com/blog-signup.html

iii) https://famebit.com/signup

Untuk payperpost;


- anda perlu ada blog

- blog perlu ada content original
- blog perlu berusia lebih dari 3 bulan
- blog perlu sentiasa terlihat dikemaskini

Pendaftaran untuk payperpost adalah mudah bagaimanapun jika anda menggunakan medium payu2blog, ia agak sukar sedikit memandangkan mereka sangat selektif dalam pemilihan blog.


Antara kelemahan ketara di medium payperpost ialah anda diarahkan untuk membuat review/penulisan dan wajib pula menyatakan anda DIBAYAR kerana menulis.

Perlu ada perkataan SPONSORED POST di setiap hasil penulisan itu.

IKLAN : ZAFUL - FASHION UNTUK WANITA SAHAJA

Untuk website famebit, seperti namanya, jika anda tidak terkenal, anda tak layak membuat pendaftaran.

Sekurang-kurangnya perlu ada 5,000 ribu pengikut di Youtube, Twitter, Facebook ataupun mana-mana akaun sosmed berkaitan.

Kat sini memang banyak job.

Dan bayarannya juga agak lumayan.

Tugas utama adalah membuat review mengenai produk dan menyebarkan link jualan.

Ada pelbagai pilihan produk daripada kecantikan hinggalah gajet. Tetapi untuk memasarkan ataupun membuat review mengenai produk itu anda perlulah mahir berbahasa inggeris.

Dan perlulah berunding dengan pengiklan. Jika sasaran mereka worldwide ataupun Malaysia, lebih senang anda membuat wang.

Jika mereka sasarkan hanya negara tertentu, bahasa tertentu seperti Perancis, itu perlu bergantung kepada lokasi dan tahap penguasaan anda dalam satu-satu bahasa itu.

Kerja - Unboxing contact lens, dibayar USD100

Kesemua cara membuat duit di atas adalah telah disemak dan benar-benar boleh membuat duit.

Tetapi jika anda tidak mempunyai kemahiran, kelayakan seperti yang dikehendaki, anda tidak boleh membuat duit.

Oleh itu sila pastikan anda benar-benar layak sebelum berdaftar. Jika tidak sia-sia la membuang masa namun tiada hasilnya.

Related Posts