Kerja Online Di Web Microworkers.

Pernahkah anda mendengar portal Microworkers? Ia adalah satu portal yang menawarkan kerja atas talian dan sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan mudah.

Meskipun pendaftaran adalah mudah dan kerja-kerja yang ditawarkan juga mudah tetapi portal itu sangat berhati-hati dengan scammer ataupun pekerja/majikan yang berniat melakukan penipuan tau.


IKLAN : ZAFUL - FASHION UNTUK WANITA SAHAJA

Jadi jangan risau jika anda tidak dibayar selepas melakukan kerja.

Jika anda mematuhi semua arahan kerja yang diarahkan, anda pasti akan dibayar.

Apakah jenis kerja-kerja yang ditawarkan?

👉 Menulis review kat forum/web

👉 LIKE/SHARE post kat Facebook

👉 FOLLOW Twitter

👉 Buat akaun email baru

👉 Review website/product

👉 Review APS/GAMES

👉 Melawat portal/blog


Kerjanya adalah kerja-kerja yang mudah. Anda akan dibayar menggunakan nilai USD. Dan bayaran setiap kerja kebanyakan adalah sen-sen USD sahaja. Memang murah kan? Sebab tula nama website pun MICRO work.. 😂😂😂

Bagaimanapun setiap pekerja boleh melakukan seberapa banyak kerja yang dia inginkan. Jadi pendapatan tu bergantunglah juga kepada tahap kerajinan masing-masing.

Namun, PASTIKAN;

👉 Faham arahan

👉 Sempurnakan kerja

👉 Tidak menipu


Jika tidak anda akan diblacklisted. Bila itu berlaku anda akan kehilangan semua wang yang dikumpul dan akaun pekerja anda.

Seperti yang dah dijelaskan, kepentingan majikan dan hak pekerja sangat-sangat dijaga untuk mengelakkan mana-mana pihak ditipu ataupun menipu. Jika anda berdepan dengan kerja yang menipu (ada juga tau) maka anda perlu memainkan peranan dengan melaporkan. Ada butang laporan disediakan bagi menjaga hak pekerja.

Untuk mendaftar anda perlu menggunakan

👉 Nama / identiti sebenar

👉 Nombor telefon bimbit yang berdaftar dan sah

👉 Alamat email yang sah.

 

Jika telah bersedia dan faham BAHASA INGGERIS, bolehlah berdaftar di website => https://www.microworkers.com/

laju-laju. Lupa pula nak bagitau, bayaran serendah USD10, anda dah boleh cashout menggunakan PAYPAL. 😀

Related Posts