Review : Memories Of The Alhambra Korean Drama

Memories Of The Alhambra
 
Satu malam Yoo Jin-woo, CEO dan pengasas bersama J one menerima panggilan telefon dari seseorang yang mengelarkan dirinya sebagai Jung Se-joo, pembangun permainan yang menggunakan sistem AR.



Setelah membaca email seperti yang diminta oleh Se Joo, Jin Woo kemudiannya terus berangkat ke Granada, Sepanyol untuk bertemu sendiri dengan Se Joo tetapi Se Joo hilang sejak malam itu secara misterinya.

Jin Woo kemudiannya meninjau permainan yang dicipta oleh Se Joo dan tertarik dengan kecanggihan permainan itu lalu membeli hak patern dengan memanipulasikan kakak Se Joo iaitu Jung Hee-joo.

Ketika berlatih bermain permainan perang itu, Jin Woo berperang dengan bekas kawan baiknya, Hyung Seok. Hyung Seok juga tertarik dengan aplikasi AR itu dan mahu mendapatkan hak paternnya. Hyung Seok, sepertinya Jin Woo mencari Se Joo di Granada.

Satu hari Jin Woo mencabar Hyung Seok untuk berlawan dalam permainan itu. Dan dalam perlawanan itu, Jin Woo berjaya mengalahkan Hyung Seok. Bagaimanapun apa yang tidak disedari oleh Jin Woo ialah Hyung Seok benar-benar mati dalam permainan itu. Ya, mati.

Dan apa yang lebih menakutkan lagi apabila Jin Woo dicabar oleh Hyung Seok untuk berlawan dalam game setiap kali pada waktu bunyi gitar berkumandang.


Dan perkara itu pula hanya boleh disaksikan oleh Jin Woo sahaja. Kelibat Hyung Seok hanya muncul di penglihatan Jin Woo kerana Hyung Seok telah menjadi NPC - Salah satu watak yang berada dalam permainan itu. Manakala mereka yang lain tidak dapat menyaksikan Hyung Seok memandangkan dia telah mati di alam realiti tetapi bukannya di alam permainan.

Seseorang juga perlu log in ke dalam permainan dan memakai kanta khas bagi membolehkan melihat apa yang sedang berlaku dalam permainan itu. Oleh disebabkan itu, hanya Jin Woo dan mereka-mereka yang bermain sahaja boleh melihat dan merasai apa yang berlaku di dalam permainan itu. Oleh kerana hanya Jin Woo dan Hyung Seok sahaja yang bermain ketika itu selain dari Marcos dan Se Joo (yang hilang secara misterinya) maka orang lain tidak dapat memahami apa yang dialami oleh Jin Woo.

Jin Woo kemudiannya dirawat dan dilayan bagaikan orang gila terutamanya selepas terjatuh dari tingkat lima dan kaki patah lalu tempang.


Semasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang tidak diduga itu, Hee Joo kakak kepada Se Joo datang dan membantu Jin Woo. 


Sungguhpun tidak menyedari masalah sebenar yang dihadapi oleh Jin Woo tetapi Hee Joo sentiasa berada disisi Jin Woo yang ketika itu juga sedang bergelut dengan kes perceraian kali kedua dengan isterinya, seorang artis wanita terkenal.


Bagaimanapun niat baik Hee Joo menyedihkan Jin Woo yang akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Granada dan menuju ke Amerika bagi menerima rawatan lanjut.

Setahun kemudiannya berlalu.

Jin Woo bagaimanapun tidak pulih dari masalahnya. Selama setahun ini dia tetap bergelut melawan bayangan Hyung Seok yang akan datang menyerangnya pada bila-bila masa.

Namun Jin Woo nekad kali ini dia perlu menyelamatkan dirinya dan menyelesaikan masalah itu. Jin Woo berpandangan game itu bermasalah dari segi programnya kerana telah 'diganggu' dan sejak itu dia memulakan misi untuk menyiasat bagi memulihkan keadaan dan ini termasuklah membawa pulang Se Joo yang hilang sejak setahun lalu.

Cinta dalam drama ini terlalu membosan dan boring. Namun diselamatkan dengan babak aksi dan detik cemas.

Penonton diheret kepada satu misteri kepada satu misteri.

Selepas mengikuti Jin Woo yang gigih melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan dirinya, akhirnya Jin Woo tetap kecundang. Sudah tentu ia membuatkan mood penonton menjadi kecewa, marah dan sakit hati. 

Babak paling menyedihkan ialah apabila orang kepercayaan Jin Woo mati di dalam permainan ketika mahu menyelamatkan Jin Woo.

Sebenarnya sesiapa sahaja tidak akan menyangka pembantu Jin Woo akan mati dalam babak itu memandangkan pengarah seperti memberikan harapan menerusi babak demi babak seolahnya Jung Hoo akan hidup dan terselamat.

Namun tidak, ya tidak. Pengarahan drama ini pandai bermain dengan emosi penonton. Pengarah dan penulis skrip sangat boleh dipuji dan dalam masa yang sama berupaya membuatkan penonton melempang mereka berdua jika terjumpa di tepi jalan. Haha.

Ending drama ini menyakitkan hati penonton. Seolahnya memberi harapan tetapi belum sempat penonton berasa gembira, harapan itu direntap dengan kasar dan biadap. Begitulah diibaratkan.

Ia adalah sebuah drama usahasama bersama Netflix. Genrenya aksi, misteri, tetapi skripnya segar dan baru. Tidak rugi menonton drama Memories Of The Alhambra tetapi jika anda mengharapkan happy ending, simpan sahaja angan-angan itu. Endingnya sama sekali tidak happy.

Untuk menontonnya, langgan sahaja Netflix. Atau tunggu ia muncul di saluran TV anda. Kami tidak akan berkongsikan pautan percuma kerana ia adalah aktiviti yang melanggar undang-undang. Jika anda benar-benar mahu menontonnya secara percuma cari sahaja tajuk drama ini dan disertai dengan perkataan watch free, ok. 

Bintang : 4.5/5

Watak-watak utama;

Hyun Bin as Yoo Jin-woo (39 years old)

Park Shin-hye as Jung Hee-joo / Emma (27 years old)

Park Hoon as Cha Hyung-seok (39 years old)

Lee Seung-joon as Park Son-ho (43 years old)

Min Jin-woong as Seo Jung-hoon (33 years old)


Jo Hyun-chul as Choi Yang-joo (35 years old)




Related Posts