Review : Sky Castle Korean Drama, Wajib Ditonton Oleh Mak Bapak Yang Gilakan 'A'..

Ini adalah drama untuk mak-mak dan bapa-bapa yang suka sangat nak paksa anak-anak menjadi seseorang yang mereka impikan dengan mengabaikan perasaan dan keiginan anak-anak itu sendiri.

 

Drama ini paling patut ditonton oleh mak, bapa ataupun mereka yang memandang;

A : adalah KEPANDAIAN, KEBAIKAN, BAGUS, CEMERLANG, BIJAK, ADA MASA DEPAN.


Seolah-olahnya jika anak itu mendapat A dia adalah anak yang paling baik di dunia. Jika tidak, anak itu adalah anak yang hina, jahat dan sampah masyarakat.

Ada satu quote yang menarik dalam drama ini, yang diucapkan oleh Young Jae - seorang anak yang mengalami tekanan perasan selepas ibunya menghalau perempuan yang disukainya keluar dari rumah.

Young Jae berkata, anak-anak itu anak-anak jika mereka mendapat A. Anak-anak itu adalah anak-anak yang baik jika mereka pandai dalam pelajaran. Jika anak-anak itu tidak mendapat A, tidak pandai dalam pelajaran, mereka bukan anak-anak, bahkan mereka bukan anak yang baik.


Ini menunjukkan betapa tertekannya Young Jae yang dipaksa untuk menjadi seseorang semata-mata untuk membanggakan ibu dan bapanya meskipun perkara itu bukanlah apa yang dirinya inginkan.  

Anak jadi doktor kerana keluarganya mahukan begitu.
Anak jadi peguam kerana keluarganya mahukan begitu.
Anak jadi ustaz kerana keluarganya mahukan begitu.
Anak jadi jurutera kerana keluarganya mahukan begitu.

Apakah sebenarnya cita-cita dan keinginan anak itu sendiri? Ini adalah hidup mereka, bukankah pandangan mereka sama pentingnya kerana mereka yang akan melalui kehidupan itu? Ini yang cuba disampaikan menerusi watak Young Jae, Woo Joo, Se Ri, Ki Joon, Seo Joon, Ye Bin.  

Myung Joo adalah ibu Young Jae. Wataknya hanya muncul di episod awal kerana membunuh diri selepas Young Jae nekad melarikan diri dari rumah dan enggan menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Seo Jin kawan kepada mendiang Myung Joo meneruskan kehidupannya dengan beranggapan tiada apa yang berlaku. Dalam waktu yang sama, dia juga bersikap seperti Myung Joo. Mahukan anak-anaknya cemerlang dalam akademik.

Apa yang membezakan Young Jae dan Ye Seo ialah, Ye Seo ada keinginan untuk menjadi doktor dan pelajar cemerlang.

Tetapi Seo Jin tersalah membuat keputusan dengan meniru jejak langkah Myung Joo apabila mengupah pengajar mahal, Kim Joo Young untuk memastikan laluan anaknya ke universiti elit nombor satu di Korea terlaksana.

Apa yang tidak diketahui oleh Seo Jin ialah Kim Joo Young memainkan peranan disebalik kematian kawannya, Myung Joo.

Kematian Myung Joo juga membuka peluang baru kepada keluarga Hwang Chi Young berpindah masuk ke kediaman Sky Castle.

Chi Young dilantik sebagai doktor pakar yang berkhidmat di unit kecemasan, Joo Nam Universiti Hospital dan kediaman Sky Castle ditawarkan untuk doktor-doktor, pengarah yang berkerja di hospital tersebut.

Isteri Chi Young rupanya adalah kawan baik dan kawan persekolahan Seo Jin, yang mana nama asalnya adalah Kwak Mi Hyang. Seo Jin menukarkan identitinya termasuklah nama kerana keluarga mertuanya malu dengan asal usul Seo Jin yang datang dari keluarga miskin.

Lee Soo Im yang mengenali Seo Jin kemudiannya dengan mudah menghuru-harakan Sky Castle kerana mahu menyiasat serta menulis tragedi disebalik kematian Myung Joo.

Perkara itu kemudiannya menimbulkan konflik demi konflik di SKY Castle dan Soo Im telah dihalang dari menerbitkan bukunya.

Walaupun dihalang dan terpaksa menghentikan penulisannya, Soo Im tidak berputus asa untuk memberikan peringatan kepada Seo Jin betapa bahayanya Kim Joo Young dan bagaimana pengajar elit itu mempunyai kaitan dengan dua kes kematian yang berbeza - dimana-mana kedua-dua kes itu melibatkan pelajarnya sendiri.

Bahkan siasatan Soo Im juga membuka sejarah lama Kim Joo Young, dimana wanita itu pernah dituduh membunuh suaminya semasa menetap di UK. Walaupun bebas dari pertuduhan, ramai percaya Kim Joo Young membunuh suaminya kerana dianggap sebagai batu penghalang kepada kejayaan anak geniusnya.

Ya, sebelum kemalangan, Kim Joo Young mempunyai anak perempuan yang sangat genius tetapi bermasalah dan tertekan kerana sering dipaksa belajar oleh ibunya.

Anak perempuan itu kemudiannya menjadi terencat akal selepas terlibat kemalangan kereta bersama bapanya. Bapanya mati dalam kemalangan itu bagaimanapun anak Kim tidak lagi mampu menjadi segenius seperti sebelum kemalangan.

Di SKY Castle, Soo Im juga berjiran dengan Jin Hee dan Seung Hye.

Watak Jin Hee ialah sebagai makcik bawang yang kepochi dan suka jaga tepi kain orang.

Manakala watak Seung Hye adalah seorang ibu, isteri yang tenang dan aman, tidak suka berlagak dan tidak gemar kepada budaya memaksa anak-anak menjadi seseorang yang mereka tidak mahukan.

Setiap watak dalam drama ini membawa input ataupun pandangan yang ingin diketengahkan oleh pengarah dan penulis skrip.

Menerusi watak-watak ini, pengarah berjaya menyampaikan mesejnya dengan berkesan.

Penulis katakan pengarahnya berjaya mengolah drama ini dengan baik dan sempurna, tiada satu pun babak yang membosankan dan mesej yang ingin disampaikan benar-benar menusuk ke dalam jiwa. 20 jam untuk 20 episode adalah pengalaman berharga. 

Seperti biasa, jika ingin menonton drama SKY CASTLE silalah layari KissAsian. Pautan tidak akan disertakan kerana melanggar undang-undang. 

Watak;

Seo Jin - ialah seorang ibu yang sanggup lakukan apa sahaja meskipun perkara itu salah dan melanggar undang-undang bagi mencapai matlamat peribadi.

Soo Im - ibu tiri yang penyayang dan merendah diri. Paling disukai oleh anak-anak dan mudah berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

Seung Hye - seorang isteri yang penakut pada awalnya tetapi terpengaruh dengan sikap Soo Im. Akhirnya memberani mempertahankan anak-anak dari terus dipaksa menjadi seseorang yang mereka enggan jadi.

Jin Hee - kepochi dan suka cerita hal orang tetapi periang dan mudah terpengaruh.

Joo Young - Guru yang menyimpan dendam dan amarah melihat anak-anak orang lain berjaya dan sihat, mempunyai niat untuk menghancurkan hati ibu bapa dengan mempergunakan pelajarnya.

Ye Seo - seseorang yang suka belajar namun sering disalahanggap sebagai sombong.

Ye Bin - anak yang suka melawan dan protes.

Wo Joo - anak tiri kepada Soo Im, baik tetapi dipergunakan Hyena untuk membalas dendam.

Min Hyuk - bapa si kembar Seo Joon, Ki Joon. Bekas pendakwaraya terkemuka dan pensyarah. Suka memaksa anak-anak untuk belajar dan menjadi pandai. Piramid adalah kata-kata semangatnya. 

Joon Sang - watak yang paling menyedihkan. Terlalu mudah dikawal oleh ibu dan isterinya sehingga tidak tahu membuat keputusan dan tindakan sendiri. Kematian Hyena, anak kandungnya merupakan turning point buat dirinya yang selama ini mengejar nama, dan pangkat.

Hyena - anak luar nikah Joon Sang tetapi tidak diketahui Joon Sang bagaimanapun Seo Jin mengetahui fakta ini. Mati dibunuh setelah ditolak dari tingkat tinggi. Joon Sang yang juga seorang doktor pakar enggan menyelamatkan Hyena dengan membuat pembedahan segera, namun ketika itu dia tidak mengetahui Hyena adalah anaknya sendiri.

Bintang : 5/5

Pelakon;

Yum Jung-ah as Han Seo-jin / Kwak Mi-hyang

Lee Tae-ran as Lee Soo-im


Yoon Se-ah as No Seung-hye


Oh Na-ra as Jin Jin-hee


Kim Seo-hyung as Kim Joo-young

Jung Joon-ho as Kang Joon-sang


Kim Hye-yoon as Kang Ye-seo.


Lee Ji-won as Kang Ye-bin


Jung Ae-ri as Madame YoonSeo-jin's mother-in-law.

Choi Won-young as Hwang Chi-young



Kang Chan-hee as Hwang Woo-joo


Kim Byung-chul as Cha Min-hyuk


Park Yoo-na as Cha Se-ri


Kim Dong-hee as Cha Seo-joon


Jo Byung-gyu as Cha Ki-joon


Jo Jae-yun as Woo Yang-woo


Lee Yoo-jin as Woo Soo-han

Lee Hyun-jin as Teacher Jo


Jo Mi-nyeo as Kay/KatherinecKim Joo-young's daughter.



Related Posts