Beberapa Pengajaran Dari Kartun Sponge Bob.

Oleh : Zamir Mohyedin

1. Spongebob mengajar kita kalau terlalu taksub, obses dan fanatik, ia akan menghancurkan diri kita.

Kalau perasan banyak episod-episod dalam Spongebob, dia berkelakuan obses terhadap sesuatu yang akhirnya memakan dirinya sendiri.



2. Patrick mengajar kita, persahabatan tidak memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan. Patrick makhluk yang tidak cerdik dan tak berotak (literally), tapi apa sahaja yang dihadapi oleh Spongebob, Patrick ada di sisinya.

Patrick pernah cakap, "Kepandain tidak dapat menggantikan persahabatan, aku memilih untuk menjadi bodoh."

3. Squidward pula adalah watak yang sering mengingatkan kita pada realiti pada waktu kita lalai dengan mimpi dan idealiti kita. Saya pasti setiap orang akan dapat rasakan watak Squidward adalah watak yang paling dekat dengan diri kita sebab dia paling realistik dalam dunia fantasi Spongebob.

4. Gary mengajar kita kejayaan dalam hidup kita akan ada orang yang sentiasa membantu dan mendoakan kita tanpa kita sedar.

5. Mr. Krabb mengajar kita jangan hairan kalau orang yang asalnya miskin sangat obses dengan duit kerana mereka tahu betapa susahnya hidup tanpa duit.

6. Pearl mengajar kita ada yang lebih penting dan berharga daripada duit iaitu keluarga.

7. Sandy mengajar kita jangan lupa asal usul dan budaya kita walaupun di mana kita berada.

8. Plankton mengajar kita jangan berputus asa walau sesukar mana pun perjalanan kita untuk mengejar cita-cita. Orang yang menang mencari jalan, orang yang kalah mencari alasan.

9. Mrs. Puff mengajar kita betapa besarnya rintangan mendidik pelajar yang tidak pandai dan tak mahu belajar.

10. Isteri yang bagus adalah isteri yang sentiasa menyokong suami. Tak bagusnya bila tetap menyokong walaupun suami melakukan kejahatan seperti Karen. Ataupun mungkin Karen pun jahat 🤷

Related Posts