Sejarah Paris Peace Conference 1919.

Oleh : Ayman Rashdan Wong

Tahun 2019 ni ialah tahun paling sesuai untuk kita recap balik sejarah pasal Paris Peace Conference tahun 1919. Bukan selalu ada ulang tahun ke-100.

Selepas Perang Dunia Pertama (WW1) tamat pada 11 November 1918, negara-negara yang menang dan kalah telah bersidang di Paris dari 18 Januari 1919 hingga 21 Januari 1920 untuk membincangkan "tata dunia" (world order) selepas perang besar tersebut.

Sementara negara-negara pemenang seperti Britain dan Perancis lebih minat untuk memeras Jerman yang kalah, US lebih minat untuk menyelesaikan konflik bersenjata antara negara once and for all.


Presiden US, Woodrow Wilson melihat amalan diplomasi rahsia (secret diplomacy) ketika itu ialah punca sebenar WW1. Jadi, Wilson mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bernama League of Nations.

League of Nations ni kira predecessor kepada United Nations hari ini. Ia akan berfungsi sebagai badan untuk menjaga keamanan dunia dan melaksanakan undang-undang antarabangsa.

Cadangan League of Nations dimasukkan ke dalam Perjanjian Versailles yang merupakan hasil persidangan di Paris. Untuk perjanjian dikuatkuasa, negara-negara kena bawa balik perjanjian itu ke negara masing-masing untuk diratifikasikan.

Di US, ratifikasi sesebuah perjanjian memerlukan sokongan Kongres. Kongres ketika itu dikuasai oleh Parti Republikan yang diketuai oleh Senator Henry Cabot Lodge, sedangkan Wilson ialah seorang Demokrat. Situasinya macam hari ini: Presiden Donald Trump seorang Republikan, tapi Kongres dikuasai oleh Demokrat.

Jadi, dah boleh dijangka Perjanjian Versailles akan ditolak oleh Kongres. Tapi Senator Lodge pun bukan tolak tanpa sebab. Bagi Lodge, idea League of Nations ini seolah-olah meletakkan US di bawah autoriti sebuah badan yang lebih tinggi, dah itu menggadaikan kedaulatan US.

Wilson sebelum jadi presiden ialah seorang profesor undang-undang dan pentadbiran awam. Idea dia sebenarnya tak ada masalah, cuma orang tak faham. Majoriti rakyat US masih ada kecenderungan "isolasionis": melihat US lebih baik jaga tepi kain sendiri; keamanan antarabangsa bukan tanggungjawab US; dan League of Nations ialah satu konspirasi elit "liberal" "transnasional" untuk menghapuskan identiti US.

Lagi teruk, kedua-dua Wilson dan Lodge ada "personal enmity" dan itu menyukarkan perundingan heart-to-heart untuk menyelesaikan salah faham.

Akhirnya, US tidak dapat jadi ahli League of Nations. Tanpa kehadiran US, League of Nations doomed to fail. Pada asalnya OK lagi, sebab kuasa-kuasa besar ketika itu (Britain, Perancis, Itali, Jepun) masih satu kepala. Tapi apabila Itali dan Jepun jadi negara fasis dan menyertai Jerman untuk mencabar tata dunia Britain dan Perancis, League of Nations gagal berfungsi untuk menghalang Perang Dunia Kedua (WW2) meletus pada tahun 1939.

Hanya selepas peristiwa Pearl Harbor 1941, baru golongan isolasionis sedar cara fikir mereka salah. Selepas WW2 tamat pada tahun 1945, US pula jadi jaguh tata dunia yang diterajui oleh United Nations dan undang-undang antarabangsa.

Cuma tu lah, US agak hipokritikal sikit dan double standard. Ia masih gagal untuk mendahulukan komitmen antarabangsa daripada kepentingan negara (terutama yang berkaitan dengan Israel). US sendiri tak jadi teladan yang baik, maka kredibiliti undang-undang antarabangsa pun dalam persoalan.

Belilah "Dunia Tanpa Tembok II" untuk mendalami sejarah League of Nations, ideologi "Wilsonianism" dan sentimen isolasionis di US.

Related Posts