Kehebatan Taraf Pendidikan Keluarga Diraja Jepun.

Oleh : Zamir Mohyedin

Saya sangat kagum dengan latar pendidikan dan kesarjanaan keluarga diraja Jepun.

 

 
1. Akihito yang baru saja turun takhta merupakan saintis dalam bidang biologi marin — kepakarannya adalah sains ikan (ichthyology). Telah menerbitkan banyak jurnal saintifik. Antaranya pernah diterbitkan oleh Nature dan Science.

2. Masahito — adik Akihoto, saintis dalam bidang penyelidikan kanser. Kepakarannya adalah pembahagian sel. Sering diberikan darjat doktor kehormat kerana sumbangannya yang signifikan dalam penyelidikan kanser.

3. Michiko — isteri Akihito, banyak menyumbang dalam bidang sastera. Telah menerbitkan banyak karya sastera termasuk buku kanak-kanak. Sebahagian karyanya diterjemah ke dalam bahasa Perancis.

4. Takahito — pakcik Akihito. Digelar sebagai 'Sarjana Diraja' (Imperial Scholar). Mempunyai kepakaran dalam bidang arkeologi, pengajian timur tengah dan bahasa semitik. Pernah menjadi pensyarah di pelbagai universiti di Jepun. Sering muncul di kaca televisyen dan radio.

5. Naruhito — Maharaja Jepun terkini pernah menjadi pelajar di University of Oxford. Memiliki Sarjana (Master) dalam bidang sejarah dan kemanusiaan.

6. Masako — Maharani Jepun terkini bergraduasi dari Harvard University dalam bidang ekonomi.

7. Fumihito mempunyai Ph.D dari University of Oxford. Merupakan saintis dalam bidang sains ikan seperti ayahandanya. Baginda juga mempunyai jurnal bersama ayahandanya. Presiden di Yamashina Institute for Ornithology. Profesor Pelawat di Tokyo University of Agriculture.

Fumihito memperkenal ikan tilapia sebagai sumber protein utama di Thailand. Semenjak itu, aktiviti ikan ini berkembang luas di Thailand.

8. Kiko — isteri Fumihito, mempunyai Ph.D dalam bidang psikologi dari Ochanomizu University.

9. Nori — anak perempuan Akihito, saintis dakam bidang pengajian burung (ornithology). Bekas penyelidik di Tamagawa University. Selain sains, dia juga berpengetahuan dalam sastera.

9. Mako — anak perempuan Fumihito, mempunyai Sarjana (Master) dalam bidang sejarah dan arkeologi dari University of Leicester. Merupakan penyelidik dan ahli arkeologi di Muzium Universiti Tokyo.

10. Kako — anak perempuan Fumihito, baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Leeds University. Baru saja menamatkan pengajiannya pada tahun lepas (2018).

11. Akiko — cucu saudara perempuan Akihito. Mempunyai Ph.D dari Oxford University dalam Sejarah Seni Jepun. Merupakan saintis di banyak institut di Jepun. Bekas Profesor Madya di Ritsumeikan University.

Related Posts