Plot : Kang Tae & Sang Tae adik beradik. Kang Tae umur 30 tahun & kematian ibu semasa kecil. Sang Tae ada masalah mental sejak lahir. Kang Tae jaga selepas ibunya mati. Sang Tae boleh uruskan diri & keperluannya. Mengamuk jika tak dapat apa yang dia hajati. Boleh berdikari & ada kemahiran melukis. Boleh berkomunikasi & kenal arah juga. Tetapi jiwanya sensitif & emosi.
Drama ini juga mengisahkan kehidupan penulis buku cerita kanak-kanak, Moon Young.
Moon Young neh pun sakit jiwa tapi dia taknak mengaku sakit. Dia selfish, degil, tapi bukannya jahat.
Drama ini bagi aku bagus kerana kita akan faham sudut pandang mereka yang sakit jiwa & ahli keluarga yang menjaga mereka. Ramai masyarakat kita suka sangat follow stigma & menghukum. Drama ini akan buat kita fikir sebaliknya.
2. Was It Love.
Plot : Kisah ibu tunggal Ae Jung yang tinggal bersama ibunya, Hyang Ja & anak perempuannya, Chae Young. Chae Young nak cari bapa kandung dia. Tapi tak berani tanya ibu dia. Hyang Ja nak jodohkan anak dia, taknak anak dia hidup solo lagi. Manakala Ae Jung masa neh tetiba ada empat lelaki hadir dalam life dia. Bagus gak nak layan drama santai & tak sakit kepala nak fikir.
3. Backstreet Rookie.
Plot : Ini drama lawak. Mengisahkan life anak muda + yatim piatu + tercicir sekolah = Saet Byul. Watak Saet Byul neh mewakili anak muda = anak yatim yang cuba nak nafikan stigma masyarakat terhadap anak tak beribu bapa juga boleh berjaya dalam life mereka. Tak bermakna mereka akan hidup secara salah & buat jenayah.
Watak Dae Hyun, boss pada Saet Byul neh baik tapi bodoh. Ada beberapa babak yang sindir makan dalam, aku suka. Macam Dae Hyun sanggup belikan baju mahal untuk bapa makwe dia tapi abaikan bapa sendiri. Kalau nak release tension boleh layan tapi awas, ada watak pelucah. Kawan Dae Hyun, Sung Tae, pelukis webtoon dewasa. 😂. So dia punya babak kekadang ada unsur kedewasaan melampaui.
4. To All The Guys Loved Me @ Men Are Men.
Plot : Ini drama lawak juga. Kisah percintaan. Ji Wook, CEO syarikat nak jadikan Hyun Joo isteri. Hyun Joo anti perkahwinan. Ji Wook dan Hyun Joo dah bercinta 3 kali, berkahwin 3 kali dan berpisah 3 kali melalui 3 era & kehidupan sebelum ini. Cerita ini berkisarkan bagaimana Ji Wook cuba memenangi hati Hyun Soo dan mengubah persepsinya terhadap perkahwinan.