4 Sebab Kenapa Bahaya Membiarkan Bayi Tidur Dengan Bantal Tanpa Pengawasan.

Sebahagian para ibu dan bapa cenderung untuk mengalas kepala bayi mereka dengan bantal dan ramai memilih bantal berbentuk huruf U untuk bayi kerana yakin dapat membantu kepala bayi terbentuk bundar sempurna. Namun, hakikatnya ramai yang keliru sama ada bayi perlu tidur beralaskan bantal atau tidak sebenarnya.


Mengikut para pakar, mereka tidak menggalakkan ibu bapa menggunakan bantal untuk bayi hingga berusia dua tahun.Bentuk kepala bayi baru lahir belum sempurna kerana pengaruh proses kelahiran atau alat bantu persalinan. Kepala bayi memerlukan masa untuk berubah ke bentuk yang ideal seiring tumbesaran mereka.

Kenapa bantal undang bahaya kepada bayi :

1) Bantal berpotensi mengundang bahaya sesak nafas atau tersedak kepada bayi.

2) Jika sarung bantal terkoyak, isian bantal boleh keluar. Dan habuk atau isian tersebut mudah termasuk ke dalam hidung dan mulut bayi menjadikan dirinya berisiko mengalami tersedak.

3) Jika bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U pula, bayi akan sukar untuk membalik atau memusingkan kepalanya ke salah satu sisi ketika dia ingin muntah. Keadaan ini berisiko membuat bayi tersedak oleh muntahnya sendiri.

4) Bantal juga dikaitkan dengan sindrom kematian mendadak pada bayi. Disebut pula dengan SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome.

Sumber : Ala Doktor.

Related Posts