Drama : Wanted (16 episode)
Pengarah : Park Yong Soon
Penulis skrip : Han Ji Wan
Pelakon utama ;
1. Kim A Joong -Jung Hye In (pelakon terkenal)
2. Ji Hyun Woo - Cha Seung In (polis)
3. Uhm Tae Woong - Shin Dook Woo (pengarah)
4. Lee Moon Sik - Choi Joon Goo (penerbit)
5. Lee Seung Joon - Jang Jin Woon (wartawan)
--------------
Marah. Sakit hati. Kecewa. Benci. Itu yang akan berlaku selepas menonton hingga tamat drama ini. Ia mengisahkan tentang seorang pelakon terkenal Hye In yang menjadi "mangsa" apabila anak lelaki kesayangannya yang berusia 7 tahun telah diculik oleh sekumpulan penculik yang berdendam dengan sebuah syarikat yang mengeluarkan product kesihatan. Produk tersebut ialah produk yang kononnya memberikan udara yang bersih dan segar kepada pelanggan2nya mereka sebenarnya telah dicemari dengan suatu virus yang akhirnya menyebabkan pembeli2 product tersebut mengalami masalah pernafasan bahkan ada yang maut angkaranya.
Orang di dalam syarikat menyedari kelemahan produk tersebut namun usaha untuk membetulkan keadaan tidak dilakukan dengan segera bahkan syarikat juga enggan bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi. Nyawa beberapa kanak-kanak turut melayang angkara kecuaian syarikat tersebut.
Kisah membalas dendam ini bermula selepas 7 tahun perkara mendukacitakan itu berlalu apabila anak lelaki Hye In diculik bagi memaksa Hye In berpakat dengan beberapa orang dalam industri untuk menerbitkan rancangan bersiri Wanted yang dijadualkan akan bersiaran selama 10 hari untuk 10 episode bagi memastikan Hye In mendapatkan semula anaknya, dalam keadaan hidup.
Pada permulaan episode penulis seperti membawa kita ke alam merungkai misteri kejadian, persoalan dan jenayah yang dilakukan oleh individu-individu tertentu dan memaksa kita berfikir apakah penjenayah culik ini mahu membongkarkan jenayah yang mana mangsanya ialah kanak-kanak.
Jenayah bapa mendera isteri dan anak, kisah profesor yang menjadikan anak-anak miskin sebagai ujikaji dengan menawarkan rawatan percuma dan polis yang mati dibunuh membayangkan keadaan itu.
Pun begitu plot semakin mudah difahami apabila satu persatu jenayah yang dibongkarkan rupa-rupanya mempunyai kaitan tersendiri di antara satu sama lainnya.
Antara babak yang menyentuh perasaan di dalam drama ini ialah watak bapa kepada BJ (Lee Ji Eun) yang terpaksa korbankan nyawanya sendiri 7 tahun lepas demi memastikan keselamatan anak perempuannya selepas dia dengan tidak sengajanya terbaca satu nota rahsia. Nota itu akhirnya mengangu hidupnya dan menjejaskan kerjayanya memandangkan dia tidak sanggup berkompromi dengan jenayah yang mempertaruhkan nyawa manusia.
Na Soo Hyun salah seorang rakan subahat penculik juga melalui kehidupan yang menyedihkan sepanjang 7 tahun dia menyimpan perasaan dendam selepas kehilangan adik dan abang tersayang. 9 tahun lepas keluarga ini menjadi yatim piatu selepas kehilangan ayah dan ibu, mereka kehilangan adik kesayangan pula. Pada awalnya kematian adik kesayangan tidak dapat dikenalpasti tetapi selepas menjalani siasatan demi siasatan yang dilakukan oleh Na Young Hyun, abang kepada Na Soo Hyun akhirnya mendapati punca kematian adiknya ialah kerana angkara produk kesihatan udara tersebut namun ianya bukan sahaja dirahsiakan bahkan syarikat juga enggan bertanggungjawab sama sekali.
Na Young Hyun kemudiannya cuba mendapatkan bantuan dari salah seorang pewaris syarikat SG Group (dalang utama) Ham Tae Young iaitu adik kepada Ham Tae Sub (CEO SG Group). Ham Tae Young mahu membantunya membawa kes ini ke muka pengadilan bagi membela kematian adik Na Young Hyun dan disebabkan itulah dia dan Na Young Hyun hilang nyawa buat selama-lamanya. Ketika itu, Hye In mengandungkan anak lelakinya Hyun Wo. Penculikan anak lelaki Hye In adalah dirancang kerana semua yang menjadi mangsa kepada kumpulan penculik2 tersebut ialah 'mereka yang telah melakukan sesuatu kesalahan' terhadap penculik2 itu yang menyebabkan mereka kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Komplot penculikan dan rancangan menggunakan media bagi membongkarkan jenayah pihak tertentu berlaku apabila kumpulan penculik menyedari ini sahaja la satu-satunya jalan yang mereka ada setelah semua usaha untuk melawan tersekat.
Mereka cuba menggunakan undang2 namun suara dan tindakan mereka dihalang. Mereka cuba mengumpulkan bukti namun siasatan mereka ditutup. Apabila mereka selangkah menjadi lebih berani, mereka kehilangan lebih ramai anggota keluarga yang disayangi. Sebegitu berkuasa kapitalis dalam melenyapkan salah laku mereka di muka bumi. Itu yang cuba ditunjukkan dalam drama ini dan malangnya ia bukan sekadar drama kerana pada hakikatnya ia juga berlaku secara realiti.
Walaupun bagaimanapun hasrat membalas dendam Na Soo Hyun tidak kesampaian kerana akhirnya dia turut mati dibunuh oleh SG Group meninggalkan dalang utama dalam komplot penculikan itu bersendirian.
Babak ketika kematian Na Soo Hyun sangat menyedihkan kerana disitulah akhirnya kita tahu kebenaran kenapa insan sebegini muda dan terpelajar sanggup melakukan jenayah. Abang dan adiknya mati secara sia-sia tanpa pembelaan sewajarnya dari pihak berkuasa. Bahkan jasad abangnya tidak pernah ditemui selepas bertahun2 hilang. Hanya dengan bantuan Hye In, baru lah misteri kehilangan Young Hyun ditemukan.
Polis juga tidak terlepas dari spotlight utama menerusi drama ini. Anggota yang menerima rasuah dan menyalahguna kuasa jelas ditunjukkan dan bagaimana mereka sanggup berkerjasama dengan kapitalis bagi menyuburkan kegiatan jenayah meskipun wang gaji mereka dibayar oleh orang awam. Persepsi negatif tentang anggota polis sedikit sebanyak diselamatkan oleh watak Cha Seung In, Lee Young Gwan, Jung Jung Ki (orang atasan yang pro kebenaran) dan Oh Mi Ok yang mana mereka menonjolkan imej polis yang bermoral yang bertugas membanteras penjenayah dan bukannya berkompromi dengan pihak yang lebih berkuasa.
Watak PD Shin dalam drama ini dari awal hingga akhirnya menonjolkan seolah2 dia sebahagian daripada komplot penculikan apabila terlalu mementingkan hasil produksi berbanding keselamatan staff-staffnya. Apakah benar dia adalah dalang utama dalam penculikan anak Hye In dan mengapakah Hye In yang dipilih oleh penculik bagi menjadi pengantara kepada orang ramai dalam membongkarkan jenayah tersembunyi SG Group? Apakah penculik berjaya membayar dendam mereka di atas kehilangan nyawa anggota keluarga penculik dan bagaimana suami Hye In mati dengan tragis dalam arahan abangnya, semuanya anda boleh saksikan menerusi drama Wanted 16 episode. Drama ini membawa genre crime dan kasih sayang seorang ibu kepada anak, abang kepada adik, adik kepada abang, suami kepada isteri, rakan sekerja kepada rakan sekerja dan manusia kepada wang. Apabila kapitalis membunuh kita secara senyap, kepada media kita lari membongkarkan maklumat. Ini adalah antara mesej tersembunyi yang cuba ditunjukkan oleh pengarah. Media berkuasa menjadi penyampai yang baik kepada rakyat atau rakan komplot yang berpengaruh kepada yang berkuasa. Dan bersikap tidak peduli juga merupakan satu jenayah. Sikap tidak peduli kita sebenarnya membunuh orang lain tanpa kita sedari. Bagaimana? Saksikan drama ini dan temuila jawapannya sendiri.