Prison Break Season 5 : Michael Scofield Hidup Kembali & Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentang Prison Break Musim Terbaru.

Yeay, Prison Break Kembali Dan Micheal Masih Hidup!

Prison Break Season 5

Tahun 2017 menyaksikan impian peminat-peminat drama Prison Break menjadi nyata, apabila siri kegemaran ramai itu kembali dengan watak utama Michael Scofield dihidupkan kembali.

Sebelum ini peminat seakan histeria apabila drama yang mempunyai jutaan peminat itu ditamatkan pada tahun 2009 dengan kematian watak Michael Scofield yang dilakonkan oleh Wentworth Miller.

Setelah hampir 9 tahun berlalu, Prison Break kini kembali dengan season 5 yang pastinya membuatkan peminat drama itu merasa teruja. 

Pengenalan Bagi Yang Tidak Tahu.

Prison Break Season 5

Prison Break ialah sebuah drama bersiri yang cukup terkenal dari Amerika yang dilakonkan oleh Dominic Purcell dan Wentworth Miller. 

Ia mengisahkan tentang kasih sayang seorang adik, Micheal  terhadap abangnya, Linchon yang telah difitnah melakukan pembunuhan. Selepas melakukan pelbagai jenis usaha bagi membebaskan abangnya mengikut undang-undang yang sah, Linchon akhirnya tetap dijatuhkan hukuman mati dan bermula dari itu Micheal telah merangka strategi bagi membebaskan abangnya dari penjara. 

Semasa melarikan abangnya dari penjara sehinggalah mereka berdua berjaya melepaskan diri dari penjara, kedua-dua adik beradik ini akhirnya telah belajar bahawa pemimpin dan politik adalah dalang disebalik kesemua insiden yang menimpa ke atas keluarga Scofield. Ia sebuah drama yang cukup bagus dan penulis memang menyarankan kepada peminat-peminat drama genre crime atau thriller untuk menonton drama ini.

Kembali ke Prison Break Season 5.

- Season 5 Prison Break mengandungi 9 episode.

- Micheal tidak mati sebaliknya apa yang berlaku ialah dia telah dipenjarakan di sebuah penjara di negara Yemen.

- Apa yang menariknya ialah tentang perubahan watak Micheal. Menurut Digital Spy, watak Micheal bukan lagi seperti season-season sebelumnya. Micheal telah melanggari beberapa batas-batas yang menyukarkan ia dianggap berwatak baik.

- Sara, Micheal dan Linchon akan berdepan dengan konflik cinta. Season terdahulu menyaksikan Micheal meninggalkan Sara dalam keadaan Sara mengandungkan anak Micheal. Apakah Sara dan Micheal akan reunion sebagai satu keluarga bersama satu-satunya anak lelaki mereka?

- Dan, official trailer bagi drama ini telah mencecah tontonan sebanyak 13 juta di Youtube sahaja ketika dilancarkan pada tahun lepas.

- Menurut deadline.com trailer baru bagi Prison Break Season 5 yang di release pada rabu telah mencecah tontonan sebanyak 42 juta menerusi medium seperti Facebook dan Twitter.

- Prison Break Season 5 masih mengekalkan pelakon asal seperti Wentworth Miller, Dominic Purcell, Sarah Wayne Callies, Amaury Nolasco, Robert Knepper, Rockmond Dunbar dan Paul Adelstein. 

- Siri ini akan menemui peminat bermula April 2017.

Sementara itu, kita layankan aje trailernya dalam debar. 😁😁😁😁😁😁😁


Related Posts