Cara Daftar Haji Menggunakan KWSP Yang Ramai Orang Tidak Tahu.

Oleh : Tok Penghulu
Untuk pengetahuan semua, ada akaun Tabung Haji tak bermakna korang dah mendaftar untuk menunaikan Haji.

Yang betul, kena buat pendaftaran Haji dulu supaya nama kita dimasukkan dalam senarai yang berdaftar dan diberikan tarikh peruntukan Haji.
Kalau ikut laman web Tabung Haji, kena ada deposit sebanyak RM1,300 dulu baru boleh daftar untuk Haji.
Sebenarnya ada cara untuk kita daftar Haji, tanpa perlu keluarkan duit satu sen pun.
Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan Akaun 1 KWSP untuk tujuan ni.
Syarat-syaratnya :
1. Ada akaun Tabung Haji. Korang boleh buka akaun TH dengan minima RM10 di cawangan yang ada
 
2. Ada minimum RM1,300 dalam KWSP Akaun 1 
Cara cara : 
1. Pergi ke mana-mana kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp. 
2. Pergi ke mana-mana cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil. 
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal-awal tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya tak perlu. 
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses

“Tok kata free? RM1,300 tu bukan duit ke?”

RM1,300 tu takkan ditolak daripada KWSP Akaun 1 korang.
Amaun ni sekadar menjadi bukti yang kita ada amaun minimum untuk mendaftar Haji.
Tak cukup dengan itu, kita juga boleh keluarkan wang KWSP sebanyak RM3,000 untuk tujuan menunaikan Haji nanti.

Related Posts