Ada Apa Di Teluk Senangin?

Beberapa minggu lepas berkesempatan bercuti selama tiga hari dua malam di Teluk Senangin. Sepanjang percutian kami menginap di Chalet Encik Zul. Ianya benar-benar berhadapan tepi pantai. Suasana chalet itu adalah suasana kampung. Penginapan untuk semalam adalah seperti berikut;

1. Chalet bahagian bawah : 110 (tiada aircond)
2. Chalet bahagian bawah : 120 (ada aircond)
3. Chalet bahagian atas : 130 (ada aircond)

Penginapan di chalet tersebut adalah tidak memuaskan. Kerana walaupun ada aircond tetapi keadaan bilik tidak sejuk disebabkan rumah papan yang tidak ditutup dengan habis. Ada lubang yang membolehkan angin aircond keluar kerana itu ianya tidak sejuk.

Selain itu anak tangga untuk naik ke tingkat atas juga curam dan kecil. Bagi mereka yang berbadan besar tidak sesuai untuk menginap di bilik atas. Ada aircond di bilik bawah rosak dan bocor ketika keluarga kami menginap di sana selama tiga hari.

Satu lagi keluasan bilik adalah sempit. Ianya sesuai untuk satu keluarga satu bilik. Penulis tidak pasti tentang keluasan chalet-chalet berdekatan yang lain namun di sana memang terdapat banyak pilihan chalet samada dari yang murah semurahnya rm40 satu malam kepada rm250 satu malam.

Pengalaman bercuti di Teluk Senangin agak menyeronokkan. Budak-budak puas bermandi manda di air laut dari pagi sampai ke waktu senja.

Pada waktu pagi, akan ada nelayan yang pulang dan menjual hasil tangkapan di tepi laut. Ketam segar dijual dari rm25 hingga ke rm45 sekilo. Konsep beli ialah siapa tempah awal dia dapat atau siapa cepat dia dapat. Berebut-rebut juga orang membelinya.

Selepas air surut, terdapat banyak kepah-kepah halus yang boleh dikutip dan direbus atau dibakar untuk di makan pada waktu malam. 

Di kawasan berdekatan Yeob Bay Resort juga ada satu lokasi yang pelancong boleh mencari kepah, baby tiram (perlukan alatan seperti pahat kerana ianya diketuk-ketuk dari batu) dan siput buluh. Namun siput buluh hanya ada pada musim-musim tertentu terutamanya ketika musim air surut.

Selain bermandi manda, barbeque, menghayati pemandangan malam sambil menghirup angin laut, pelancong juga boleh bermain layang-layang di waktu petang, memancing dan bermain sukan air seperti banana boat.

Teluk Senangin adalah lokasi menarik untuk rehatkan minda yang stress selepas penat bekerja. Suasana perkampungan yang mendamaikan memberikan ketenangan buat pengunjung namun terdapat beberapa kemudahan yang perlu diperbaiki. 

Pengunjung tidak perlu risau dengan kemudahan seperti makanan, tandas dan perkhemahan kerana semuanya lengkap tersedia cuma tinggal siapkan duitnya sahaja.

Gambar2 akan dimasukkan selepas ini.

Related Posts