Apakah itu Gas Sarin?

Oleh : Abe Mat

Apakah Gas Sarin? 

Sarin atau GB, adalah larutan organoposphorus dengan formula (CH3)2CHO]CH3P(O)F. Ia merupakan cecair yang tidak berwarna dan tidak berbau yang digunakan sebagai senjata kimia yang memberi kesan yang sangat dasyat sehinggakan boleh melumpuhkan sistem saraf (nerve agent). 

Sarin Gas
Sarin gas - Google
Gas Sarin telah dikategorikan sebagai " Senjata Pembunuh Massal" pada Resolusi PBB 687. Pada Konvension Senjata Kimia 1983, negara-negara yang terlibat telah dilarang daripada menggunakan, menyimpan atau memproses Gas Sarin kerana ianya diklasifikasikan sebagai senjata kimia level 1. 


Kesan Gas Sarin 

Gas Sarin merupakan senjata kimia yang paling cepat berkesan ke atas mangsanya. Ia boleh merebak melalui sentuhan pada kulit ,mata dan bau. 

Jadi, apabila terhirup atau diserap melalui kulit, gas ini membunuh dengan melumpuhkan pusat pernafasan dari sistem saraf pusat dan melumpuhkan otot-otot sekitar paru-paru. 

Gejala yang muncul apabila seseorang terkena gas ini antara lain mual dan sakit kepala parah, penglihatan kabur, kejang otot, gangguan pernapasan dan kehilangan kesadaran. 

Penawar? 

Ada penawar bagi Gas Sarin, tetapi disebabkan tindak balas agen saraf ini yang begitu pantas, mereka yang terjejas perlu segera dirawat untuk diselamatkan.

Related Posts