Jika Bapa Meninggal - Rumah, Kereta, EPF Dan Duit Tabung Haji Dapat Kat Siapa?

"Tuan, ayah saya baru meninggal. Meninggalkan saya (anak lelaki), anak perempuan, ibu saya dan juga mak ayah si ayahnya
Arwah tinggalkan rumah, kereta, duit EPF, duit Tabung Haji
Antara semua waris ini, mana yang paling berhak ya?"
------------------------------------------
JAWAPAN : 
Waris di atas semua ada haknya, Sudah termaktub dalam hukum faraid.
Jika semua waris bermuafakat untuk agih sama rata, atau yang nak lepaskan hak. Anda boleh atur ikut formula anda sendiri.
Namun jika ada waris yang tidak bersetuju.
Semuanya akan ikut faraid.
Dalam kes begini;
1. Senaraikan waris arwah terlebih dahulu
IBU AYAH SI ARWAH
ISTERI SI ARWAH
ANAK LELAKI
ANAK PEREMPUAN
Ini semua waris bagi si mati.
Sekarang, kita kira setiap bahagian waris waris di atas.
Rujuk gambar untuk lihat bahagian hak masing-masing.
2. Senaraikan aset yang arwah tinggalkan 
Jika arwah tinggalkan tunai bernilai RM500,000
Bahagian si isteri ialah 12.50% ,iaitu RM62,500
Bahagian si anak lelaki ialah 36.11%, iaitu RM180,550
Bahagian si anak perempuan ialah 18.06%, iaitu RM90,300
Bahagian si ibu dan ayah ialah 16.67%, iaitu RM166,700
Perbahagian ini hendaklah dibuat di setiap harta yang arwah tinggalkan. Rumah, kereta, duit EPF, dan duit Tabung Haji
-------------------------------------------
SOALAN
1.Jika kes rumah, bagaimana nak agihkan? 
Kena kerat rumah ke Tuan?
 
A. Minta mak ayah mertua lepaskan hak, supaya proses perbahagian menjadi mudah.
B. Jika mereka tidak lepaskan hak, bayar sejumlah wang kepada mak ayah dan mohon untuk lepaskan hak
Jika rumah RM500,000. Hak mak ayah ialah RM166,700
Bayar sejumlah itu, dan pujuk untuk lepaskan hak
(Jika ada duit).
C. Masukkan nama dalam geran. Dengan ini masing masing ada hak terhadap rumah.
D. Penyelesaian terakhir, rumah dijual dan agih wang mengikut hak.
2. Kenapa faraid begini tuan? Macam tidak adil, Saya dan isteri yang bayar rumah tersebut. Kenapa mak ayah atau adik beradik saya ada hak pula?
Pertama sekali, hukum faraid sangat adil. Hati hati keluarkan kenyataan ini.
Hikmah Allah swt memberi lebih kepada wali wali lelaki ialah tanggungjawab menjaga anak tersebut bukan lagi jatuh kepada isteri. 
Tetapi kepada mak ayah atau bapa saudaranya. Sebab islam tidak mahu isteri terasa beban menanggungnya seorang. Biarlah adik beradik lelaki si arwah atau si mak ayah yang sama sama menjaganya sekali.
Jika mereka.hanya ambil hak faraid, selepas itu mereka abaikan. Itu mereka jawab di mahkamah Allah swt nanti.
Anda tidak boleh menidakkan hak mereka. Wajib diberikan melainkan mereka memang melepaskan hak.
3. Kalau begitu, saya masukkan nama isteri saya siap siaplah dalam SNP. Kalau saya meninggal, terus 100% hak rumah dapat kepada isteri saya?
Ini permahaman yang salah yang biasa di masyarakat kita. Jika ada dua di SNP
Ianya lagi kritikal
Ia tak selesaikan masalah
Ulasan lebih lanjut boleh baca status saya sebelum ini.
4. Saya sudah ambil MLTT untuk cover rumah saya. Kalau apa apa berlaku kepada saya, si isteri boleh guna duit tersebut untuk beri hak kepada waris waris lain. Betul ke permahaman saya?
Boleh, namun bukan penyelesaian yang terbaik
Harga rumah semakin naik
MLTT pula sum assured sudah kekal
Polisi takaful hanya cover hanya RM500,000
Rumah sudah mencecah 2 juta
Bagaimana nak cover short 1.5 juta itu? 
Tambah polisi lain? 
Tersenyum agen dengar ini
Jika tambah polisi lain
harga rumah tetap akan naik
Iya, takaful sangat membantu untuk survivability waris selepas kita tiada. Cek pampasan dapat dalam 1-4 minggu sahaja, terus ke akaun waris. Harta harta lain sudah beku, takaful paling diberikan kepada waris.
Namun bukan cara paling baik untuk selesaikan masalah rumah.
-------------------------------
Antara harta paling kritikal waktu pergagihan harta pusaka ialah harta tak alih seperti rumah
Pengalaman saya, rumah yang hanya ada satu inilah lagi banyak bergaduhnya dan kerenahnya
Dari mereka yang ada banyak rumah
Ini pentingnya membuat perancangan
Rancang harta pusaka anda
Kenali waris
Senaraikan aset
Buat perancangan
Kita tidak tahu kita pergi bila
Oleh itu rancanglah secepat mungkin
----------------------------
Jika ada yang ingin tahu siapa waris mereka, berapa hak waris waris ini, dan ingin senaraikan aset mereka
Boleh berhubung ke 017 643 1109.
Pihak kami akan beri sijil faraid percuma untuk anda kenal siapa waris anda dan buat perancangan.
Sila tag pasangan, ibu ayah, adik beradik supaya mereka tahu info ini.
Dan moga harta pusaka kita menjadi asbab waris kita menjadi lebih rapat dan erat.
Bukan sebaliknya, pusaka menjadi puaka.

Related Posts