Tanam Bayam Dengan Mudah Di Rumah.

Buat peminat-peminat penanaman sayur-sayuran, kali ini perkongsian cara penanaman sayur bayam dengan cara yang mudah. Menjimatkan wang, ruang dan masa. Jika ada kurang masa dan ruang, mari cuba cara ini.

Jika sebelum ini penanaman kangkung yang hanya menggunakan penapis dan besen sahaja. Kali ini penanaman bayam juga menggunakan penapis. Penanaman ini juga menjimatkan ruang dan wang. Berminat tanam sayur di rumah tapi tak ada tanah? Tak ada masalah. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Euzie Byna ini yang nyata mudah sangat.

Berikut adalah langkah-langkah penanaman bayam menggunakan penapis dengan cara yang mudah. Selamat mencuba.


1. Buat lubang pada tapis

2. Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman. Saya guna kayu saja. Tandakan di kayu separas dasar tapis.

3. Ketepikan tapis dan tandakan kayu tadi di tepi baldi. (Rujuk gambar no 2)

4. Tebuk yang di tanda guna paku panas. Tujuan lubang utk air overflow. (Rujuk gambar no 2)

5. Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yang ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah dasar baldi (gambar no 3)

6. Masukkan air sehingga paras lubang overflow, saya guna air kosong dulu. (gambar no 4)

7. Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak. (gambar no 5)

8. Tambah sabut basah atas filterwool (gambar no 6)


9. Taburkan secubit dua benih bayam keatas sabut. (gambar no 7)

10. Spray air kosong supaya benih turut basah. (gambar no 8)

11. Tutupkan 2-3hari supaya benih cepat cambah. (gambar no 9)

12. Lepas benih cambah, tukar air guna air baja ab. (10-15ml ab+2L air)

13. Boleh terus dedahkan cahaya jika benih sudah mula tumbuh berdiri (rujuk gambar no 10)

14. Tambah air baja ab jika berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Perlu dispray sabut supaya sentiasa basah.

15. Tuai selepas 4-6minggu.

Related Posts