Homeless Baik Hati Dapat Rumah Selepas Bantu Wanita Yang Kehabisan Minyak Kereta.

Oleh : Norizan Bin Sharif
MANUSIA YANG BAIK
1. Johnny Bobbit tidak ada rumah. Dia tidur di bawah jejambat di I-95 Philadelphia. [Suhu di sana sekarang -2 darjah Celsius]
2. Suatu malam, sewaktu Kate McClure yang tinggal di New Jersey memandu pulang, minyak keretanya habis. Dia turun dan berjalan menuju ke stesen minyak yang agak jauh.
3. Johnny mendekati Kate dan meminta dia masuk semula ke dalam kereta. Kata Johnny, sejuk dan merbahaya berjalan kaki malam-malam di situ. Johnny kemudian berjalan kaki seorang diri ke stesen minyak.
Gambar - Norizan
4. Johnny gunakan wang US$20 yang dia ada untuk beli minyak. Dia bawa minyak itu dan isi di tangki kereta Kate.
5. Kate berikan Johnny jaket, kain dan stokin yang ada di dalam kereta untuk melindungi Johnny dari kesejukan.
6. Pulang ke rumah, Kate mahu melakukan sesuatu kepada Johnny, seorang lelaki jalanan tanpa rumah yang berkorban wang makan US$20 untuk membantu dia pada malam itu.
7. Kate berfikir, jika dia boleh cari US$10,000, cukuplah untuk Johnny sewa apartment, beli kereta terpakai dan ada bekalan makanan 3-4 bulan sehingga dia dapat kerja.
8. Kate buat crowdfunding melalui GoFundMe. Dalam tempoh 19 hari, seramai 13,983 orang telah memberikan US$391,775 (RM1.7 juta) kepada Johnny.
9. Manusia yang baik ada di mana-mana. Johnny lelaki jalanan yang tidur di bawah jejambat I-95 ialah manusia yang baik. Kate yang tinggal di Bordentown New Jersey juga manusia yang baik. 13,983 penyumbang juga manusia yang baik. Founder GoFundMe juga baik.
10. Ramai orang mahu bersama-sama melakukan kebaikan apabila kita mendorong mereka ke arah kebaikan!

Related Posts