10 Status Facebook Yang Baik Untuk Perniagaan.

10 STATUS FACEBOOK YANG BAIK UNTUK BISNES
1. Ambil peluang sewaktu bisnes kita kecil untuk berikan personalised service. Siarkan gambar atau tulis bagaimana kita berikan personalised service kepada pelanggan.
2. Bukan semua orang faham bagaimana kita berikan perkhidmatan kepada pelanggan. Ambil gambar kita sedang bekerja. Elakkan gambar posing dan pandang kamera. Biar nampak natural.
3. Siarkan gambar kita mendapat pengiktirafan atau persijilan. Atau apabila kita menerima mesin baru. Nyatakan apakah ciri istimewa mesin tersebut kepada perkhidmatan pelanggan.
4. Apabila kita menghadiri kursus bagi meningkatkan kualiti pengurusan, kongsi gambar tersebut dengan pelanggan. Sebutkan juga bagaimanakah kursus itu bermanfaat untuk pelanggan.
5. Kongsi keratan akhbar atau klip tv mengenai bisnes kita. Atau, sewaktu ada pelancaran website atau apps bisnes kita. Nyatakan apakah yang pelanggan boleh dapat dari website tersebut atau apps itu.
6. Setelah bisnes kita diumumkan menang sesuatu pertandingan kualiti atau pengurusan, siarkan gambar di media sosial. Sebelum pengumuman, tak perlulah. Kalau kalah nanti, susah nak sorok muka.
7. Apabila kita keluarkan produk baru, umumkan di Facebook. Sebutkan apakah keistimewaan produk itu. Nyatakan penambahbaikan yang telah dilakukan.
8. Maklumkan jalinan kerjasama bisnes kita dengan universiti, GLC, agensi kerajaan atau sektor swasta di media sosial. Sebut apakah kesan jalinan itu kepada pelanggan.
9. Ambil gambar kunjungan seseorang individu yang boleh berikan persepsi positif ke gerai jualan atau kedai kita. Cari influencer. Kongsi di media sosial.
10. Sewaktu sertai promosi di luar negara, update penerokaan bisnes kita ke negara tersebut. Fokus kepada penerokaan bisnes, bukan gambar kita naik kapalterbang atau keretapi!

Related Posts