Tips Memandu Ketika Hujan.

Apa nak buat jika anda memandu ketika hujan?
1. Jika anda mengantuk, berhenti di tempat selamat dahulu. Jangan sambung memandu untuk elakkan microsleep (saya pernah tulis dulu http://bit.ly/2Bzb0fg)

2. Pastikan 'wiper' berfungsi dengan baik. Pastikan anda boleh melihat keadaan sekeliling dengan mudah.
3. Jauhkan jarak kenderaan anda dari kenderaan di hadapan. Kenderaan anda memerlukan jarak yang lebih besar untuk berhenti berbanding di jalan kering.
4. Elakkan membuat gerakan atau manouver mengejut. 'Grip' tayar tak berapa kuat. Boleh berputar nanti.
5. Perhatikan jalan dihadapan untuk sebarang lopak air. Cuba elakkan jika boleh. Jika harus lalui juga, perlahankan kenderaan dan pegang 'steering wheel' betul - betul. Bersedia untuk 'aqua planing'. Jika anda pakai redah sahaja, boleh tergolek kenderaan.
6. Nyalakan lampu hadapan dan belakang. Ia bukan untuk anda melihat ke hadapan tetapi supaya pemandu lain dapat melihat kenderaan anda dengan jelas.
7. JANGAN nyalakan lampu kecemasan. Ia hanya kecemasan. Contohnya jika kenderaan anda statik atau rosak di tepi jalan. Jika anda gunakan lampu kecemasan ketika kenderaan bergerak, kenderaan dibelakang sukar untuk ketahui hala tuju kenderaan anda. Bila tiba - tiba ubah lorong tanpa 'signal', nahas nanti.
Hati - hati di jalan raya. Tambah - tambah di musim hujan ini.

Related Posts