Ramai rakyat malaysia tidak menyedari bahawa negara ini sedang diancam oleh china yang mahu menuntut perairan malaysia menjadi perairan mereka. Perkara ini sangat jarang diperkatakan oleh pihak kerajaan yang membuat saya kehairanan juga kerana tuntutan china itu adalah serius dan telah pun membina pangkalan tentera dan pulau buatan di perairan yang sepatutnya menjadi milik malaysia.
Gambar - Munif Nusar |
Zon ekonomi eksklusif bermaksud kawasan laut sejauh 200 batu nautika (370km) dari pinggir pantai yang membolehkan sesebuah negara memiliki sumbernya seperti minyak, perikanan, dan sebagainya. Namun zon ekonomi eksklusif adalah dijadikan laluan laut antarabangsa yang memboleh semua kapal-kapal asing melaluinya tanpa meminta kebenaran mengikut undang-undang laut antarabangsa.
Manakala perairan yang mutlak milik sesebuah negara adalah perairan wilayah yang kawasannya adalah 12 batu nautika (22km) dari pinggir pantai. Perairan ini semua kapal-kapal asing wajib meminta izin untuk memasukinya.
China amat serius menuntut perairan laut china selatan walaupun ia sangat tak masuk akal dengan membina pulau-pulau buatan di kepulauan spratly. Dan kemudiannya melarang mana-mana kapal asing mendekati kepulauan itu dengan dakwaan perairan di sekitar pulau itu adalah perairan china.
Malaysia, brunei, dan filipina tidak mampu berbuat apa-apa walaupun kawasan perairan tuntutan mereka diceroboh china walaupun tindakan china menceroboh boleh mengakibatkan perisytiharan perang. Tapi mana mungkin malaysia, brunei, dan filipina berani berperang dengan china. Jadi pencerobohan china dibiarkan sahaja dan cuba diselesaikan melalui rundingan. Namun dalam masa rundingan cuba dilakukan, pulau-pulau buatan china semakin hari semakin besar.
Segala pencabulan negara kuasa besar dunia terutamanya negara pemegang kuasa veto adalah mustahil diselesaikan oleh badan PBB kerana pastinya negara itu akan membatalkan segala resolusi PBB dengan kuasa veto.
Negara rantau laut china selatan tiada jalan lain jika mahu menyelamatkan perairan mereka dari dirampas oleh china melainkan dengan meminta bantuan dari amerika. Ada yang gelakkan saya bila saya membuat cadangan seperti ini. Saya tak tahu kenapa ia dianggap sebagai sesuatu yang lucu.
Buat masa ini hanya us paling kuat membuat cabaran terhadap tindakan china membina pulau di laut china selatan dengan tetap membawa kapal perang mereka mendekati kepulauan tersebut dengan anggapan perairan itu adalah perairan antarabangsa. Tindakan us itu boleh mencetuskan perang antara us dan china kerana china menganggap us telah melanggar perairan mereka tanpa izin. Kalau nak harapkan malaysia, brunei, dan filipina yang langgar, memang semua kecut penakut.
Tindakan china menuntut laut china selatan perlu disekat. Kerana kesannya sangat besar kepada kedaulatan negara dan juga sumber ekonomi negara. Laut china selatan adalah sangat kaya dengan simpanan petroleum dan gas. Jika china diiktiraf memiliki perairan ini, malaysia tidak boleh lagi mencarigali minyak dan gas di kawasan itu.