Asal Usul Hadiah Nobel.

Oleh : Sejarah
 

Hadiah Nobel merupakan anugerah ulung yang diasaskan oleh Alfred Bernhard Nobel pada tahun 1895. Beliau dilahirkan di Stockholm pada tahun 1833 dan bekerja sebagai jurutera kimia di kilang milik keluarganya.


Pada waktu itu nitrogliserin sudah dicipta tetapi bahan letupan ini sangat berbahaya dan sering berlaku letupan. Justeru, Nobel melakukan banyak kajian dan akhirnya berjaya mencipta bahan letupan dinamit pada tahun 1867. Bahan letupan ini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia dan membawa keuntungan besar pada Nobel.

Kemudian, Nobel membuat wasiat menyatakan hasrat beliau menyumbang dana untuk mengadakan anugerah setiap tahun. Ia diberikan pada sesiapa yang membuat sumbangan besar pada masyarakat. Kandungan wasiat menyatakan lima kategori anugerah iaitu fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, kesusasteraan dan keamanan.


Majlis penyampaian Hadiah Nobel pertama diadakan di Stockholm pada 10 Disember 1901. Pada tahun 1968, Bank Negara Sweden telah menambah kategori ekonomi sempena memperingati jasa Alfred Nobel. Kini terdapat enam kategori Hadiah Nobel.

Related Posts