Kisah Pembunuhan Raja Abdullah I.

Oleh : Sejarah

Raja Abdullah I dibunuh


Raja Abdullah I merupakan antara penguasa Arab yang menentang kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada awal tahun 1900an. Pada mulanya, beliau berkhidmat dalam kerajaan Uthmaniyyah sebelum bersekutu dengan British ketika Perang Dunia Pertama. Beliau turut bekerjasama dengan pemimpin gerila Britain, T.E. Lawrence yang memainkan peranan penting sebagai arkitek dan perancang Pemberontakan Arab dengan tujuan menentang pemerintahan Turki Uthmaniyyah.


Pada tahun 1921, beliau menjadi Amir (pemimpin) bagi wilayah Transjordan, iaitu sebuah negara boneka British yang merangkumi negara Jordan dan Palestin sekarang. Pada masa yang sama, ia merupakan strategi British untuk meluaskan kuasanya di negara lain seperti Mesir dan Iraq.

Semasa Perang Dunia Kedua, Abdullah merupakan seorang pemimpin yang dipercayai dan rapat bagi pihak British. Beliau menyekat gerakan golongan penyokong Kuasa Paksi di Iraq.

Apabila Transjordan mencapai kemerdekaan pada 1946, Abdullah menjadi pemimpin negara tersebut dengan gelaran Raja Jordan. Sewaktu konflik Arab-Israel 1948, tentera Jordan menyerang Tebing Barat dan berjaya mengawal kawasan tersebut. Kemudian pada tahun 1949, Transjordan berubah nama menjadi Jordan.

Pada tahun 1951, 20 Julai, Raja Abdullah telah dibunuh di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis ketika beliau hendak menunaikan solat Jumaat. Beliau dibunuh oleh rakyat Palestin kerana takut beliau akan mengadakan rundingan damai dengan Israel.

Related Posts