OPERASI SENYAP : Operasi yang mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dinamakan Op Senyap kerana pembabitan Pasukan F ketika itu tidak diuar-uarkan dan mereka juga bergerak secara senyap.
OPERASI GINSENG : Ginseng diambil sempena nama satu daripada ubat yang dijual oleh pemilik kedai singse yang juga pemberi maklumat kepada Pasukan F.
OPERASI KELONG : Kelong bermaksud perangkap ikan dan nama itu diambil sebagai simbolik kejayaan Pasukan F mengumpan pengganas komunis masuk ke dalam perangkap mereka dengan menggunakan helah.
OPERASI SENG KANG : Dinamakan sempena nama bandar di mana operasi dijalankan. Pengganas MNLF yang menjadi sasaran juga dipanggil dengan nama yang sama iaitu Seng Kang.
OPERASI TAPAH : Diambil sempena nama kawasan operasi dijalankan iaitu di Tapah, Perak.
OPERASI SAWIT : Nama diambil kerana operasi berdekatan dengan ladang kelapa sawit.
OPERASI KELAH : Dinamakan kerana terdapat banyak ikan kelah di kawasan operasi.
OPERASI ULAR : Pada awalnya operasi dinamakan Kambing kerana anggota Pasukan F yang menyamar membeli haiwan itu untuk dijadikan prop penyamaran. Bagaimanapun seekor ular sawa ditemukan di dalam kandang kambing dan nama operasi ditukar kepada ular bagi mengingati peristiwa itu.
OPERASI KELISA : Diambil sempena nama ikan yang banyak di kawasan Pahang.
OPERASI PANCING : Simbolik kepada tugas Pasukan F ketika itu yang memancing pengganas komunis keluar dari hutan.
OPERASI TALOONG : Operasi bersepadu untuk menghancurkan naga besar atau Taloong dalam PKM.
OPERASI PARAKU II : Sempena nama pasukan komunis di Sarawak iaitu Paraku.
OPERASI AMPANG : Diambil sempena nama kawasan operasi yang berpusat di Ampang.
OPERASI TUGU : Diambil ekoran kejadian pengeboman Tugu Negara.
OPERASI BERUANG : Dinamakan sempena kemunculan banyak haiwan itu di kawasan operasi Pasukan F.
OPERASI PENTAS : Operasi yang menggunakan pentas untuk memberi penerangan kepada pengganas komunis yang menyerah diri.
Sumber - Buku Coffee Table bertajuk ‘Pasukan F : Hanya Yang Berani’
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”