PERANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KETIKA TRAGEDI 13 MEI 1969.
Mereka telah bertungkus-lumus memulihkan keadaan tanpa mengira agama dan kaum di samping mengembalikan kepercayaan antara kaum. Mereka berusaha mengekalkan undang-undang dalam tempoh darurat. Terdapat usaha untuk memburukkan nama ATM ketika peristiwa itu. Maka, mari kita lihat apa peranan dan jasa pasukan keselamatan semasa tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 (dipetik secara ringkas dari Mokthar Abd. Kadir, Berita Harian, 17 Julai 1969).
1. Sekitar kawasan Kementerian Pertahanan (Mindef) menjadi tempat perlindungan kira-kira 3,000 orang termasuk 580 keluarga Tionghua dan 50 keluarga India. Dalam erti kata lain, pihak tentera memberi bantuan dan perlindungan tidak mengira kaum dan agama.
2. Mereka diberikan perlindungan dan bantuan dalam bentuk tempat tidur, makanan dan rawatan perubatan.
3. Gerakan menyelamat dikatakan berterusan sehingga 30 Mei, dan selepas itu barulah mereka kembali ke keluarga masing-masing apabila suasana kembali tenang.
4. Doktor dan kakitangan perubatan ATM membantu doktor sedia ada memberi bantuan secara sukarela di Kuala Lumpur bagi merawat mangsa kekacauan.
5. Trak dan ambulan milik ATM dilaporkan berulang-alik untuk mendapatkan mangsa yang cedera ke rumah sakit selain memindahkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
6. Anggota Batalion ke-5 Askar Melayu menyelamatkan 20 – 60 orang Tionghua pada 15 Mei di kawasan2 yang dianggap sensitif dan dipindahkan ke Stadium Merdeka.
7. Gerakan menyelamat kumpulan2 kecil dan individu yang terperangkap juga dijalankan oleh ATM.
8. Jurutera Pakar Pelabuhan (Askar Wataniah) diarahkan untuk mengambil alih tugas-tugas di pelabuhan.
9. Pasukan tentera bertugas membersihkan jalanraya dari bangkai-bangkai kereta yang terbakar. Ia berlangsung selama 4 hari dengan kekuatan 150 anggota tentera.
10. Pasukan pemadam api ATM membantu pasukan bomba Kuala Lumpur memadamkan kebakaran. Pihak ATM sahaja menerima sebanyak 6 panggilan dari orang awam.
11. Chawangan Pelajaran ATM (ketika itu) mengadakan kelas untuk 60 pelajar puteri supaya dapat terus belajar ketika dalam perlindungan di Mindef.
12. Tentera Laut Diraja Malaysia memberikan sumbangan besar dalam membantu pihak Lembaga Pelabuhan Sweettenham. Mereka memunggah bahan-bahan makanan seberat 4,256 tan dalam tempoh semalam. Seramai 170 anggota terlibat. Mereka juga berkawal di kawasan pelabuhan.
13. Pihak TUDM menjalankan tugas membuat rondaan dari udara, mengangkut anggota tentera, dan memindahkan mangsa yang cedera.
14. Tindakan bijak pihak tentera membentuk jawatankuasa muhibah di Jinjang, Kepong sedikit sebanyak menenangkan keadaan yang memuncak. Ketua-ketua kaum dinasihatkan agar tidak mendengar khabar angin.
15. Pegawai Pemerintah Batalion ke-5 Askar Melayu Diraja mengadakan perjumpaan penduduk Jalan Chow Kit dan Kampung Baharu bagi meredakan ketegangan dan mempereratkan hubungan kaum.
Dan tambahan terdapat juga peranan Anggota GGK semasa trajedi ini berlaku. Kebanyakan Anggota GGK bertindak sebagai pasukan Khas yang merampas segala senjata dari kongsi gelap di sekitar kuala lumpur dan berjaya melaksanakan beberapa siri tangkapan ketua-ketua kongsi gelap dan peranan mereka telah berjaya mengurangkan bahana tragedi 13 Mei 1969 ketika itu.