Pengakuan Afdlin Shauki dalam isu video anti pembangkang Tong dan Ngong.

Assalammualaikum,

Malam ni saya terpanggil untuk menjawab Fitnah yg telah di buat ke atas saya dan rakan-rakan Boboi saya, Nabil dan abg Harun yg di katakan membuat video 'Politik Tongong' yg sedang hangat di perkatakan di internet ini.

NAUZUBILLAH. Mula-mula sekali pada awal tahun 2012 ya kami ada buat video Bangkang dari longkang (masih ada yg belum di keluarkan) dan video ini tujuannya adalah sebagai membalas video-video pembangkang yg menimbulkan isu-isu mengenai kerajaan. So video war ni bukan di mulakan oleh kami. Anyway, kami pun bersetuju untuk bersama rakan rakan lain membuat video itu hanya apabila di beri kepastian yg video itu adalah mengenai isu-isu berbangkit dan bukan personal attack kepada mana-mana individu.

Dalam video itu kami tak bertopeng pun. Jadi kenapa pulak tiba-tiba kami nak bertopeng sambil bagi hint besar yg saya ni fan liverpool dan baru balik Gaza kepada org untuk ingat yg individu di dalam video itu saya. tak masuk akal. Baik tak payah pakai topeng.

Kami sangat terkejut kerana walau pun kami ada kecenderungan kami dari segi politik, tapi saya adalah orang islam, dan saya faham ada perbatasan dalam kita melakukan sesuatu. Apa yg di buat di dalam video tongong itu melampaui batas islam dan kemanusiaan pasal menghina dgn cara yg sangat keji. 

Pada saya biar org tak suka saya pasal saya ahli umno, tapi jgn sampai ada yg berdosa kerana memfitnah saya dan ahli boboi lain berada dlm video 'Politik Tongong' ni.

Ingin saya tekankan yg kami tidak sekali-kali akan mempersendakan ulamak-ulamak dan tok guru pasal saya hormati mereka, dan saya tak berminat dgn politik attack org! Pada saya politikkanlah isu-isu rakyat, jangan mengaibkan dan memfitnah jika kita tak ada bukti yang nyata. 

Lebih-lebih lagi selepas saya pulang dari Gaza, diri saya sendiri dah langsung tak minat dgn politik dan sekarang ini hanya menumpukan fokus membetulkan diri dan Deen saya, serta membuat kerja-kerja kemanusiaan yg membantu Islam dan masyarakat.

In Sha Allah sekarang saya berusaha nak mencari keberkatan dari-Nya sahaja.

Saya tak peduli org tak suka saya, dan awak boleh caci saya, dan maki hamun saya tetapi ianya tidak akan mengubah kebenaran hakiki yg saya dan rakan-rakan Boboi tidak membuat video Politik Tongong itu.

Mintak maaf tapi kami tak buat lawak POLITIK TONGONG tu! Saya nak nasihat kan individu-individu di dalam video itu iaitu jika anda betul-betul percaya dgn apa yg awak lakukan dan buat, kenapa perlu bertopeng, sampai mendatangkan ftnah kepada org lain. Cukup sekadar memainkan isu dan janganlah menghina org sebegitu rupa.

SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN, VIDEO 'POLITIK TONGONG' ITU BUKAN SAYA DAN NABIL ATAU ABG HARUN.

Dan ingatlah amaran daripada Allah SWT mengenai dosa melakukan fitnah sebagaimana firmannya yg berbunyi ;

"Dan fitnah itu lebih kejam daripada melakukan pembunuhan" - Surah Al-Baqarah, ayat 191. 

Dan juga sila rujuk dalam surah An Nur, ayat 11-21. Ayat ini di turunkan adalah untuk menjelaskan situasi yg di hadapi oleh isteri SAW, yg mulia dan dari keturunan yg mulia ketikamana dia telah di fitnah dan di aibkan dgn seaib-aibnya sehinggalah Rasullulah SAW mengambil pendirian untuk berdiam diri dan berdoa serta menyerahkan urusan ini kepada Allah SWT.

Saya tak tertekan dgn situasi ni kerana saya tahu saya di pihak yg benar. Tapi saya tidak mahu saudara seislam saya berdosa dgn saya,nabil dan abg harun kerana banyak sangat dosa lain yg kita ada yg kita inginkan pengampunan dari Allah SWT, tak perlulah kita menokok-nambahnya lagi dgn perkara yg sangat sia-sia ini.

"Maka hanya bersabar itulah yg terbaik (bagiku) dan kepada Allah sahaja aku memohon pertolongannya terhadap apa yg kamu ceritakan" -Surah Yusuf. Ayat 18

"Hanya kepada Allah sahajalah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui daripada Allah SWT apa yang kamu tidak ketahui" -Surah Yusuf. Ayat 86

Dan saya, Afdlin Shauki bin Aksan, dgn ini menyatakan dgn atas nama ALLAH SWT dgn berlafaz "WALLAHI, WATALLAHI, WABILLAHI" bahawasanya saya tidak terlibat samaada secara lansung atau tidak dgn video POLITIK TONGONG itu.

Wallahu a'lam wa ahkam. (Dan Allah maha lebih mengetahui dan maha lebih tepat keputusan-NYA)

Jazakumullah khairal Jazak.
Laman rasmi Afdlin Shauki.

Related Posts