Tips Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah

Tips Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah.

Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah. 

Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah saya kongsikan di Kebun Bandar. 

Bahan: 

1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air) 

Kisar (A) 

1. Kulit pisang (700g) 
2. Kulit udang (belum dimasak) (200g) 
3. Kulit telur (100g) 

Alat: 1. Bekas besar 2. Botol plastik 1.5 L 

Cara-cara: 

1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata 

2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L. 

3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja. 

4. Peram selama 20 hari. 

5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman. 

Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah Penggunaan: 

1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air. 

2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. 

Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali. Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan: 

1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan 

2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran 

3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok. 

Semoga bermanfaat

Related Posts