Penulis akan memulakan cerita dengan memperkenalkan aplikasi Mybump.
Apakah itu Mybump?
Mybump adalah salah satu strategi pemasaran ataupun pengiklanan yang terdapat di negara ini. Ia memerlukan kenderaan seperti kereta kerana kereta akan digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk, event ataupun perkhidmatan dengan menggunakan sticker.
Jelas?
Jika anda client, nak tambah jaringan perniagaan anda boleh menggunakan Mybump.
Tetapi jika anda pihak yang ingin menjana pendapatan tambahan, hahh, Mybump ini akan menggunakan kenderaan-kenderaan anda sebagai ruang iklan.
Maknanya, mereka bagi sticker, dan anda kena tampallah kat kenderaan anda mengikut tempoh masa yang diberikan.
Kat mana nak tampal pun ada diberikan arahan. Tak boleh suka-suka tampal atau langgar arahan yang diberikan syarikat. Nanti tak dapat duit.
Apa yang anda perlu ada;
👉 Kenderaan sendiri, ini wajib.
👉 Lesen memandu, ini wajib.
👉 Takde rekod saman tertunggak, ini wajib.
👉 Kena ada smartphone tau, dan ini wajib.
👉 Smartphone pula kena ada internet, ini wajib.
Kalau tak macam mana nak periksa kempen-kempen yang ada, betul?
Sekarang neh tengah ada satu kempen terbaru;
Kerja macam neh dia ikut juga jenis kereta. So bukan bermaksud asalkan ada kereta terus boleh layak mohon ya.
Seterusnya jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, bolehlah memohon laju-laju dan jangan lupa sertakan kod promosi jika nak duit RM5. Duit RM5 ini sekali dapat je tau. Ini sebagai galakan pada pendaftaran baru.
Kod promosi adalah : C2524FD
Buka smartphone tu dan mula cari Mybump kat Google Play ataupun App Store, bergantung pada telefon masing-masing ya.
Bagaimana pula dengan Moola?
Moola pun sama macam Mybump.
Konsep yang sama, kaedah yang sama tetapi mungkin bayaran yang berbeza.
Namun dari segi syarat dan kriteria, adalah sama. Jadi jika tiada kelayakan, jangan mohon. Kalau rasa layak, hah, mohonlah.
Penulis tak dapat memastikan mana satu antara dua menawarkan bayaran lumayan tetapi apa yang mampu penulis katakan jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang, ada kereta yang nampak baru, tak semestinya baru beli ok, dan memenuhi kriteria, anda boleh menjana pendapatan tambahan. Ini memang pasti.
Dan berikut dibawah adalah kod promosi RM10. Apa gunanya? Ia adalah BONUS RM10 untuk semua pendaftaran baru yang berjaya mendapatkan kempen pertama mereka. Anda dapat bayaran kempen + bonus RM10.
Kod promosi : MY139532
Jangan salah masuk tau. Salah masukkan nombor takde la bonus tu. 😉.
Bagaimanapun dengan Mat Despatch? Seperti yang kita ketahui, asal sahaja sebut Mat Despatch, dia mesti ada motor kan. So konsep yang sama juga. Anda ada motor, anda boleh buat kerja ini.
Di mana lokasinya? Penulis dah sebutkan tadi, kawasan LEMBAH KLANG sahaja.
Akan datang ia akan berkembang di Johor dan Pulau Pinang. Maka pembaca yang tinggal kat Johor dan Pulau Pinang boleh mendaftar terlebih dahulu sementara tunggu mereka sampai ke tempat anda.
Selain dari lokasi yang penulis nyatakan di atas, janganla gatal-gatal nak daftar. Ia kerja yang sia-sia sebab takde job! Pada masa-masa akan datang penulis akan kongsikan lebih banyak peluang job dari rumah. Maka, sementara ini sabar sikitlah ya. 😄
Okay, kita berbalik semula ke MatDespatch.
Apakah itu MatDespatch? Konsep MatDespatch berbeza dengan Moola dan Mybump.
MatDespatch neh kerja. Anda kena kerja dan hantar barang. Bukannya buat iklan kat kenderaan masing-masing ya.
Anda boleh pilih samada nak kerja;
Sepenuh masa
Separuh masa
Kelayakan? Of course la, wajib ada motor.
Lesen pun kena ada. Kalau tak sesia je kena saman. Tak berbaloi pula nak cover kos upah. Motor tu pun kena ada insurans dan cukai jalan yang aktif. Tak boleh motor yang kelakar-kelakar rupanya. Motor tu kena ada rupa motor yang macam motor tau.
Jika anda ada motor dan berminat nak buat kerja menghantar barangan ini boleh lah memohon laju-laju kat portalnya : MatDespatch.
Kod rujukan untuk anda ialah ini : pukC6eEx96
Bila dia minta kod rujukan, boleh masukkan kod di atas.
Selepas memasukkan kod di atas dan berdaftar, kena hadir sesi latihan. Kegagalan hadir sesi latihan bermakna = TIADA TAWARAN KERJA!
Jadi kalau nak main-main dan main-main pula dengan perujuk anda (penulis la tu) hentikanlah ya. Ini bukan nak main-main. Bila dah ada niat nak daftar kena fahamla yang anda tu ada niat nak buat kerja.
Jadi, kena ikut semua ketetapan. Daripada berdaftar hinggalah kepada menghadiri sesi latihan buat kerja, kena buat. Pastilah memang boleh bagi komitmen. Jangan main daftar tanpa ada halatuju dan matlamat yang jelas.
Lepas tu barulah akan dipanggil untuk buat job-job yang berdekatan dengan kawasan anda, samada secara part time ataupun full time.
Pada yang mahu gunakan perkhidmatan Mat Despatch, anda boleh juga laju-laju berdaftar disini : Aplikasi Mat Despatch
Ada tawaran 5% kredit untuk top up kali pertama, jika mahu gunakan perkhidmatan hantar barang Mat Despatch.