Ada beberapa persoalan seperti belum terjawab terdapat di komen-komen artikel saya di sini;
1. Kenapa masa yang diduduki oleh Scott Lang mempunyai waktu yang berbeza dengan Janet van Dyne (isteri Hank Pym) — kerana Janet kelihatan lebih tua?
Saya tak tahu. Saya beranggapan mungkin kelajuan masa di dunia kuantum turut banyak kemungkinan sama seperti kewujudan zarah.
Ant-Man bernasib baik duduk di kelajuan masa yang perlahan dan Janet kelihatan duduk di kelajuan masa yang normal.
2. Kenapa Ant-Man kejap jadi kecil, remaja dan dewasa sewaktu percubaan pertama Avengers untuk mengawal masa?
Dalam mekanik kuantum, kesemua kemungkinan atau realiti akan wujud sehinggalah runtuhnya kefungsian gelombang (wavefunction) — keruntuhan berlaku apabila dicerap/diukur.
Maka, Ant-Man wujud dalam semua kemungkinan (bayi, kecil, remaja, dewasa) ketika berada di dunia kuantum untuk ujian pengembaraan masa.
Apabila Avengers cuba untuk dapatkan kembali Ant-Man, mereka telah 'mencerap' salah satu daripada banyak kewujudan Ant-Man sehinggalah mereka dapat 'mencerap' Ant-Man yang asal.
Ia tiada kaitan dengan Paradoks EPR yang disebutkan oleh Tony Stark
3. Kenapa Vision tak dihidupkan tapi orang lain hidup?
Kerana Avengers cuma menghidupkan mereka yang dilesapkan atau dihabukkan oleh Thanos 5 tahun yang lalu. Vision dah dibunuh dahulu oleh Thanos sebelum dilesapkan dalam Infinity Wars. Mungkin Vision dikembalikan semula oleh Infinity Stones tapi dah tinggal mayat.
4. Kenapa Gamora hidup tapi Natasha tak hidup?
Gamora yang anda tonton adalah Gamora dari masa lalu atau Gamora dari garis masa yang berbeza. Gamora yang dah mati adalah Gamora di masa depan, terkorban dalam Infinity Wars.
Gamora yang hidup adalah Gamora masih belum kenal lagi Guardian of Galaxy. Yang mati untuk Soul Stone tetap tidak akan kembali.
5. Kenapa Nebula masa kini tidak mati apabila membunuh dirinya pada masa lalu?
Kerana Nebula masa lalu datang dari garis masa (timeline) berbeza. Sewaktu masa lepas diganggu seperti Quill dipengsankan, Thanos dapat tahu kewujudan Nebula yang lain, garis masa baru dah terbentuk.
Jadi, Nebula yang ditembak itu adalah Nebula yang lahir dari garis masa yang baru sebab itulah Nebula masa kini (garis masa asal) tidak terganggu kewujudannya.
6. Bagaimana Steve Rogers boleh jadi tua?
Kerana dia telah kembali ke masa lalu untuk kembalikan semula Infinity Stones di tempat asalnya. Tapi dia tak pulang semula ke zaman asalnya.
Dia memilih untuk tinggal di masa lalu bersama Peggy Carter sekitar pada tahun 1950. Dan dia menua pada tahun 2023.
Jadi sebenarnya ada dua Steve Rogers pada ketika itu. Masa kini tidak berubah dengan ketiadaan Steve kerana konsep Time Loop.
7. Bagaimana dengan Loki yang melepaskan dirinya menggunakan Space Stone?
Sepatunya Loki telah mencipta garis masa yang baru. Tetapi Steve Rogers dan Tony Starks telah kembali jauh ke belakang untuk dapatkan Space Stone yang baru. Jadi, kejadian kecurian oleh Loki sepatutnya tidak terjadi. Space Stone itu pun akan dikembalikan ke tempat asal dan garis masa pun kembali kepada asal.
Namun, boleh jadi juga Loki telah mencipta garis masa baru dan Space Stone yang dicuri oleh Avengers adalah dari garis masa yang lain.
8. Thanos 2014 dibunuh ketika penghujung Endgame, jadi Infinity Wars tak berlakulah sepatutnya?
Tak juga sebab Thanos yang dilesapkan adalah Thanos dari garis masa yang baru sama seperti Nebula dan Gamora. Jadi, Thanos dari garis masa asal tidak terganggu.
9. Adakah terciptanya garis masa baru sewaktu Tony bertemu ayahnya, Thor bertemu ibunya, Steve lawan Steve dan jantung Tony diganggu?
Bergantung pada model pengembaraan masa yang anda pilih. Jika Time Loop, semua kejadian itu sebenarnya dah berlaku di filem-filem lain sebelum Endgame. Contohnya Thor tidak dapat memanggil Mjolnir ketika filem The Dark World kerana ia telah dicuri ke masa depan.
Bukti paling kukuh sekali, masa kini tidak berubah walaupun hal itu semua berlaku. Sama seperti kejadian Steve tua.
Kalau anda memilih model Multiverse, garis masa baru akan terbentuk. Masa kini tidak berubah kerana mereka pergi ke garis masa asal. Dalam garis masa asal itu, sebenaenya telah ada dua Infinity Stones — satu yang telah dimusnahkan oleh Thanos. Satu lagi yang mereka bawa dari garis masa lampau.
Banyak paradoks susah nak selesai sebab MCU gabungkan dua model pengembaraan masa. Kalau ada yang tertinggal saya akan tambah.